Wednesday, March 31, 2010

Kalau Bos Korang Suruh Buat Macam Ni...





Sejak aku keje aku rasa ni la first time aku tolak permintaan bos, haha.

Korang penah kena arahan merapu-rapu tak?

Monday, March 29, 2010

Kalau Berjanji Dengan Anak-Anak..





Aku teringat adik bongsu aku time dia kecik-kecik dulu. Kalau berjanji apa-apa mesti dia tuntut punya, walaupun 50 sen. Ceti punya adik.

Tapi tu la, kalau berjanji dengan budak-budak baik jangan buat janji kosong. Nanti dah tak percaya kat kita baru tahu, haha..

Friday, March 26, 2010

Banyak Betul..





Time aku kecik-kecik mak aku tak bagi bela kucing, sebab dia cakap berak merata.
Sekarang adik beradik aku dah besar, dok asrama dan tak ada orang kat rumah.
Kucing-kucing la wat peneman mak ayah aku sekarang..

Aku nak balik kampung lagi la, nanti malam karang aku balas balik komen2 korang oke.. ;)

Tuesday, March 23, 2010

Anda Ada Iras-iras Selebriti Tak?





Memang mata aku mata malas, kuyu. Kalu pukul 10 malam ke atas automatik orang akan kata aku mengantuk, walaupun sebenarnya bukan.

Macam mata Farid Kamil kan mata aku ni? hahaha...

Monday, March 22, 2010

Bila Awek Ajak Kahwin








Hoho lama jugak aku bercuti ye, balik kampung member kahwin punya pasal.
Time aku kat kampung, aku try la jugak g cyber cafe nak online. Tapi ianya masih menjadi cyber cafe yang aku lepak selama 15 minit! Baik aku balik makan nasik.
Kepada member aku Nasrun @ Mat YO, selamat pengantin baru. Semoga berbahagia ke akhir hayat. Tak sangka cepat betul dia kahwin.
Aku? Hmmmmm tak puas lagi membujang kot.. ;)



Thursday, March 18, 2010

Bestnye Kahwin..


Petang ni aku akan balik ke Kelate, member aku kawin.. Walaupun di tengah kesengkekan duit (gaji tak masuk lagi) tapi sebab aku dah kawan lama ngan dia maka aku balik jugak. Nanti time aku kawin dia tak datang pulak.

Lepas sorang-sorang member aku kawin, meninggalkan alam bujang yang sangat best nih! Tapi walau sebanyak mana pun duit orang tu, kalu tak kawin maknanya tak lengkap lagi la hidup dia. Lengkap tak lengkap tak cukup duit lagi mana boleh kawin weh.

Ok la sepanjang aku balik kampung petang karang sampai la ke hari Isnin ni, blog cap kucing aku ni berupdate la. Kalu ada update maknanya bukan aku tu, mungkin dah kena hack huhu.

Oke la semua thanks sebab sudi singgah lepak blog aku ni, terharu betul.

Bahana Pengacau





Korang suka tengok prank show tak? Aku paling suka tengok prank show Jepun. Melampau-lampau lawaknya.

Tapi betul ke orang Malaysia ni tak bleh nak prank lebih-lebih. Nanti jadi macam Faizal Tahir dalam Wakenabeb dulu, haha!

Ok layankan video prank dari Jepun yang penuh dengan rasa sensasi ni. Amaran, video ini sangat seksi! ;d

Wednesday, March 17, 2010

I Cant Smile Without You, Can You?





Lirik lagu Barry Manilow - Can't Smile Without You, (siap ada lirik arab lagi hehe!)

Monday, March 15, 2010

Apa Kelebihan Badan Korang?




Bila lepak ngan member-member time kecik-kecik dulu, selalu je kitorang borak tentang kelebihan badan masing-masing. Ada yang boleh gerakkan telinga, julingkan mata sebelah, dapat bersiul pun ada yang megah wei.

Aku pulak dapat bengkokkan ibu jari sampai jadi 90 darjah. Semua member-member kagum time tu, siap cakap jari aku cacat hehe! Sampai sekarang ibu jari aku boleh bengkok macam tu, tapi takde la menunjuk-nunjuk macam kecik dulu. Sekarang orang menunjuk-nunjuk handphone canggih, kan?

Korang pulak apa badan korang boleh wat?

Contest - Header for Rowena


Okey, hari ni aku tak nak lukis komik. Sebab tiba-tiba aku rasa nak masuk contest, dan contest ni adalah contest pertama aku join.

Time aku bekeliaran di blog Khai tu ada la entri dia untuk join contest ni. Header for Rowena namanya. Bukan Cik Rowena nak tukar kepala, bukann... dia nak tukar header blog dia la, banner atas tu..

Aku tengok blog Rowena ni ramai gak folower dia, eh aku tak follow dia lagi. Jap-jap lagi la. Salah satu syaratnya dia nak ada quote "My Life is Sweet Like Candy". Memang sesuai la ngan gayanya memang manis punnn.. ;)

Lagi satu syaratnya kena letak banner lembu dan link kan ke blog dia. So kalau korang nampak gambar lembu dok tersengih tu bukan aku dah start wat bisnes jual lembu korban ye, ni sebab contest Rowena la.

Tarikh tutup contest ni adalah 1 April 2010. Pemenang pulak Rowena cakap ditentukan melalui undian, so kalau rasa header aku wat ni menarik perhatian korang, taip on Rempit dan hantar ke 35656. Haha...

Sunday, March 14, 2010

Bomoh Sekarang Sudah Moden





Nanti siapa-siapa nak bomohkan orang tak payah bawak gambar, bawak je pendrive ngan laptop. Hehe

Saturday, March 13, 2010

Comicstriper Berwajah Baru!!

Dari pagi tadi aku mencari-cari template baru, belek punya belek tak berkenan. So aku decide kalu tak jumpa jugak yang boleh wat aku jatuh hati pandang pertama, aku amik je Blackorange.

Tiba-tiba aku terjumpa la template Multichrome. Terus rasa wauuuuuuu...

Aku dah la tak berapa reti html, senak otak aku nak mengeditnya. Tukar header, footer, logo... Maka siaplah sudah makeover aku terhadap blog cap ayam aku ni..

Kredit kepada btemplates dan ThemeCraft / Web2Feel kerana theme yang sungguh maveles ini!

Thursday, March 11, 2010

Awas, Emel Berantai!





Baru-baru ni aku dapat emel yang suruh aku post kat ramai-ramai orang. Kalu aku tak wat maka aku akan kena musibah.

Okey sekarang memang aku kena musibah. Musibah tengah bulan gaji lambat masuk.. heheh.

Dulu zaman kecik-kecik orang pakai surat berantai, yang untung kedai fotostat jugak. Sekarang melalui emel pulak. Sms pun ada kot.

Eh nanti sebarkan blog aku kepada member-member korang, kalu tidak korang akan ditimpa musibah jugak. Korang akan kena kejar ngan anjing, anjing laut. Hehe.

Wednesday, March 10, 2010

Si Kelabu Yang Lapar




Si kelabu ni memang la, time aku bagi makan ramai-ramai dia tak ada, time orang nak rileks baru la keluar dari tempat persembunyian.

Bertuah ko dapat tuan macam family aku tau tak kelabu.

Bersyukur la sikit, kalo tak kucing lain ada yang terpaksa menyelongkar tong sampah. Lain kali tolong hadir time orang bagi makan, okey?

Tuesday, March 9, 2010

Korang Jenis Selalu Lupa Tak?




Daripada aku kecik sampai la besar, ayah aku ada tabiat pelupa. Lupa kalu dia tanggal spek mesti lupa mana letak. Pastu kitorang kena la menggeledah mencari spek tersebut.

Kadang-kadang kat bilik air, atas almari, bilik tido, macam-macam pun ada la. Kenapa la tak bley setkan satu tempat khas untuk spek tu ye.

Aku harap tabiat tu tak menurun pada aku, setakat ni aku ok lagi!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...