Wednesday, December 1, 2010

Dah Ada Azam Tahun Baru? Nanti dulu!!





Hello semua, sebulan je lagi 2010 tinggal. Oke sebelum buat azam baru 2011 buat checklist sikit azam 2010 berjaya ke tak. Ada yang berjaya, ada yang kena tunda taun depan betul tak.

2011 dah tak lama, pikir sikit ape yang kita wat ye taun ni ada hasil ke tak. Hmmm....


Tuesday, November 30, 2010

Beringatlah Wahai Pendownload Tegar!





Jika parlimen meluluskan cadangan RIM tentang Akta Liabiliti ISP (baca sini) maka kaki-kaki download kena la berhati-hati. Jangan sampai macam minah ni kena denda sampai $1.9 juta liun USD!!

Macam Obe taip, kita mampu beli gadjet ribu riban tapi kedekut nak kuar duit beli apps yang murah-murah! (aku pun sama).

Friday, November 26, 2010

Pelanggan Yang Teruk



















Kalau pergi carwash musim hujan sekarang memang membazir duit je. Basuh hari ni petang hujan... Tapi sesetengah orang tak kisah, sebab tak boleh tengok kete comot sikit.. Serupa jugak orang laki tak suka tengok wife dia comot-comot. Kena cunnnn sokmo..

Tuesday, November 23, 2010

Nak Lari Dari Rumah.




Tak puas lagi makan sup daging korban.. T_T

Monday, November 15, 2010

Penjual Gelang Ajaib




Zaman makin canggih, tukang auta pun makin canggih, para pengguna pun kenalah bertambah canggih menilai yang palsu dengan tulen!

Monday, November 8, 2010

Tiada Keberanian





Wahai perempuan, kamu suka lelaki mengurat kah?

Monday, November 1, 2010

Kepentingan Bahasa Inggeris.





Aku teringat slogan ni, Bahasa Jambatan ILMU.

Wednesday, September 29, 2010

Kucing Yang Membalas Dendam.






Jangan buat jahat kepada binatang, ustazah aku cakap dia akan tuntut di akhirat nanti.

Wednesday, September 22, 2010

Tak Ada Duit Diam-Diam Saja lah..





Ada duit beli, tak ada duit diam-diam saja lah.

Tuesday, September 21, 2010

Aku Seekor Beruang Yang Berhibernisasi.

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua. Lama betul aku tak update blog ni, last post adalah 12 Mei lepas. Macam beruang yang bangun dari tidur la lebih kurang ni..

Tau tak beruang start tidur dari awal bulan Oktober, lepas tu bangun balik bulan April atau Mei. Kalau manusia tido lebih 2 hari boleh kambus terus dah..

Sekarang aku nak baca balik posting aku yang lepas-lepas. Korang yang tak pernah jenguk sini pun sila la belek-belek apa ada kat sini, kuih raya je tak ada.

Wednesday, May 12, 2010

Kepala Pusing Kerana Header

Aku nak wat header baru, yang gambar kucing pening-pening lalat kat atas tu. Tapi masalahnya tak muncul-muncul kat bahagian header. Last-last dok kat situ je. Sebenarnya aku teruja bila tengok header macam Yeyen. Cantik ah.

Jadi aku try la godek sambil skodeng page source Yeyen tu. Saje je taknak tanya dia lagi, nak try ilmu-ilmu lama dulu. Tapiiii tak jadi jugak. Rasanya dah lama kepala aku tak overload macam ni, perut lapar pulak.

Tapi macam best plak kan banner tu dok kat situ? Korang rasa tak payah ubah dah ke?

Tuesday, May 11, 2010

Adamaya VS Piala Thomas




Bila aku bukak Facebook tadi, ada dua tiga update status yang mengomel-ngomel pasal tak bleh tengok Adamaya sebab ada Thomas Cup. Haa gaduh la korang.

Aku pernah tengok sekali je cerita Adamaya tu, sebabnya aku takut nanti ketagih lepas tu kena menepek depan tv tiap-tiap hari. Tapi memang betul la citer tu best sebab walaupun aku tengok sekali rasa nak tengok berkali-kali (sebabnya mesti la ada Lisa Surihani).

Ketika entri ni di tulis, Malaysia kena ikat dengan Jepun 2-2 (biar betul?). Harap-harap Hafiz Hashim wat yang terbaek nanti!

Betul ke bulu tangkis tu boleh belah buah tembikai??


Monday, May 10, 2010

Kisah Empat Pengurus EPL





Mula-mula tahniah kepada Chelshit, eh Chelsea sebab menang kejuaraan EPL/BPL semalam. Setelah bertungkus-lumus sepanjang musim dan bertukar-tukar pengurus, dapat jugak trofi kat diorang eh.

Lepas abis season mestilah banyak cerita-cerita tentang pertukaran pemain, pengurus dan jugak pemilik kelab. Bunyi khabar Rafa nak blah ke Juventus. Molek la gi main jauh-jauh nu.

Aku sokong team mana? Mesti lah Arsengal, eh silap lagi. Arsenal. Tapi sayang sekali tak dapat (LAGI) tahun ni trofi tu. Jadi Encik Wenger, duit banyak-banyak tu nak wat ape, nak gi Mekah ke. Beli la player-player hebat dan berpengalaman jugak. Penjaga gol tu tukar la weh. Jangan kedekut sangat ya.

Oke sekali lagi tahniah kepada semua penyokong-penyokong Chelsea, keep the blue flag flying high (pinjam ayat mu Shah).

Sunday, May 9, 2010

Tak Suka Kucing!






Apa yang best bela arnab? Tak boleh wat bunyi-bunyian, tak manja-manja, tak cerdik macam kucing. Tapi tu semua hak masing-masing la kan. Nak minat bela apa pun, ikut masing-masing la kan. Tapi aku masih tak paham kenapa bela arnab ni best..

Jawapan member aku lepas tengok video tu :-

SEKOR LAGI KUCING MENYUSAHKAN TUAN RUMAH. T_T

Saturday, May 8, 2010

Kepada Pencari Kerja Yang Pakai Kabel.




20hb ni hari yang tersangat penting bagi aku. Kepada semua pesaing-pesaing, good luck di ucapkan. Aku tau peluang ni bukan mudah nak dapat.Kepada calon-calon yang pakai kabel tu aku tak kisah pun. Aku pakai wireless. Advance pada ko lagi hahaha!

Wish me luck.

Friday, May 7, 2010

Kad Kahwin Digital.




Sekarang ni nak jemput kawan-kawan ke kenduri memang mudah gila. Tak payah susah-susah tepek setem pastu gi pejabat pos untuk pos kad jemputan. Upload je kat Facebook lepas tu tag beramai-ramai. Jimat gila weh. Lagi pun kalau kad kahwin real lepas orang gi kenduri diorang buang je la kan, jarang yang simpan (macam aku).

Aii rugi lagi la Pos Malaysia lepas ni..

P/S:- kartun di atas aku guna pixton. Tenkiu kat brader Anif sebab bagitau aku pixton ni. ;)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...