Wednesday, December 21, 2011

Periksa Dah Facebook Timeline Anda?

Bila aku check balik timeline jaman dulu-dulu, rasa malu sendiri. Setakat nak makan nasik pun tulis, nak pakai baju kaler apa pun tulis, nurse pegang tangan pun tulis, kadang-kadang tulis sebab hari tu takde update status lagi! 

Tapi timeline ni jugak menunjukkan kematangan korang di dalam arena Facebook. Kalau 2 tahun lepas korang taip merapu-rapu, benda personal pun nak heboh, dan hari ni pun korang masih lagi macam tu, aku tak tahu nak kata apa lah. 

Setakat "Rindu kat hubby la... huhu" pun nak taip di wall, bukan tak boleh SMS pun kalau rindu kan? Aku pun ada bini jugak la woi!

Monday, December 19, 2011

Awek Lawa Tapi......

Jadi pakwe-pakwe di luar sana sila periksa stail awek korang bercakap di belakang. Di depan memang ayu habis lah kan ye adui!

Thursday, December 15, 2011

Remote Yang Kuat Makan


Dari channel 811 nak ke 119 jenuh wei nak menekan dekoder! Remote Astro memang kuat makan bateri ke?

Thursday, December 8, 2011

Nasib Dua Manchester


Tak ku sangka...tak ku duga..... Kah!Kah!Kah!

Tuesday, December 6, 2011

Kucing Yang Membalas Dendam #2

Geboh merupakan kucing yang sangat istimewa. Mudah marah, tidak suka kanak-kanak, kuat makan, dan cerdik. Satu lagi beliau tidak suka naik kereta.

Friday, December 2, 2011

Manusia Sensitif


"KAN AKU DAH PESAN JANGAN PANGGIL DIA PAKCIK!"

Time tu baru aku tahu sesetengah orang memang serius tak suka di panggil PAKCIK, MAKCIK, ORANG TUA dan sewaktu dengannya.

Kasihannya Johan Raja Lawak baru mengetahuinya kih kih kih....

Thursday, November 24, 2011

Entri Berterima Kasih

Pada sebulan lepas aku secara suka-suka telah menjoin satu pertandingan melukis komik FUNanciers Cartoon It! Contest anjuran Prudential BSN Takaful yang bertajuk Nasib Ejen Takaful. Tanpa dijangka dan diduga, aku berjaya menjadi salah seorang pemenang!

Semasa aku buat komik tu, aku langsung tidak tengok apa kejadah hadiahnya. Sebabnya aku suka-suka je masuk dan tak menaruh harapan nak menang.

Rupanya rezeki aku kali ni adalah sebuah Lenovo Ideapad K1. Macam tak percaya sebab beberapa entri aku yang dulu menceritakan aku hanya mampu windows shopping je dengan gadjet macam ni!

Jadi aku nak berterima kasih kepada pihak Prudential BSN Takaful kerana memilih komik aku sebagai salah satu pemenang. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang support aku selama ni.

Terima kasih.

Aku punya tu!!

Wednesday, November 23, 2011

Why Always Me?


Kesian brader ni, teruk kena bahan sekarang ni!

Tuesday, November 22, 2011

Garu Dadaku


Tahniah Harimau Muda! Dramatik mengalahkan Shoulin Soccer.

Tuesday, November 15, 2011

Masalah Bau Mulut?








Yang paling payah adalah bagitahu kawan kita kat sebelah bahawa mulut dia berbau 'wangi'.

Sunday, November 13, 2011

Friday, November 4, 2011

Identiti Rahsia Dr.Rozmey


Siapakah beliau? Hebatnya beliau yang selalu berfikiran optimis!

Wednesday, November 2, 2011

Contest Untuk PruBSN (Nasib Ejen Takaful)





Kat atas ni cubaan nasib aku dalam menyertai contest anjuran PruBSN. Kalau korang rajin dan suka, boleh tulung like entry aku ni di http://on.fb.me/vQX0VO. Klik gallery, sekarang entry aku berada di page 59 (ramai gila yang join!) bertajuk Nasib Ejen Insurans.

Terima kasih ya!




Monday, October 31, 2011

Nak Lariskan Perniagaan Anda?





Semua letak collagen sekarang? Makanan kucing bercollagen ada tak, baru gebu kucin aku.

Thursday, October 20, 2011

Karikatur Pengantin



Maaf ya kawan-kawan, hari ini saya tiada melukis komik. Tapi saya baru menyiapkan karikatur pengantin untuk kawan saya. Kalau kawan-kawan berminat, bolehlah emailkan kepada saya di alamat greeeenday@gmail.com ('E' empat biji tahu?)

P/S :- SKIMA TAK AYAT AKU?

Monday, October 17, 2011

Dunia Kanak-Kanak








Tangan tu boleh jadi kapal terbang, ultraman, raksasa. Ketika kecil semua boleh jadi!

Tuesday, October 11, 2011

Dikir Barat Moden





Nak jual lagu ke nak jual body??

Thursday, October 6, 2011

Dahulu dan Sekarang



 
   * Kalau nak kasut boleh tengok kat Abang Kasut. Cun!




10 tahun akan datang, macam mana pulak ye perubahan kat aku ni. Korang pun mesti lain daripada 10 tahun yang lepas betul tak.

Tuesday, September 27, 2011

Hadiah Kahwin







Bulan madu sudah tamat. Masa untuk bekerja keras!

Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya

Awal sangat kot aku ucap selamat hari raya, tapi aku akan beroffline selama dua minggu bermula esok. Barang-barang belum packing lagi untuk balik kampung nih.

Lagi satu, selepas dua minggu ni InsyaAllah aku akan kembali sebagai seorang suami. Maknanya? Aku akan berkahwin la wei!

Sebelum tu aku ingin memohon ampun serta maaf jika ada sesiapa terasa, terkecik, terluka hati dengan kandungan blog tak berapa nak hidup ni.

Hati-hati di jalan raya, ingatlah lemang dan ketupat yang tersayang.

(Haha terlebih border pulak, cis!)

Monday, August 22, 2011

Thursday, August 18, 2011

Kisah 5P2 - Sapu Papan Hitam

Setiap kali lepas cikgu habis mengajar, automatik papan hitam (hitam ke hijau?) akan dibersihkan. Tak payah suruh memang automatik punggung ni akan bangun bersihkan papan hijau, sebab takde cikgu yang suka masuk kelas tengok papan hitam tak clear lagi betul tak.

 Cikgu atas ni sangat garang. Nanti aku cerita lain masa.

Dan tugas sapu papan hitam tu memang terus jatuh kat tiga orang hero dalam kelas ni (termasuk aku).. Cara sapu papan hitam ni kena betul teknik dia. Macam aku buat kat bawah ni.

Perasan tak cara aku sapu tu, dari atas ke bawah. Kemudian giliran kawan aku pulak..



Cara dia kiri ke kanan. Bagi aku cara ni tak sesuai kerana....



Punggung kau akan turut menggedik kiri kanan. Dan 29 orang perempuan sedang tengok punggung kau menggedik macam tu!

Wednesday, August 17, 2011

Kisah 5P2

Dulu aku pernah cerita kes aku gugup dengan perempuan. Lepas tingkatan tiga, aku sambung ke tingkatan empat di sebuah sekolah (rahsia). Oleh kerana aku ni anak yang patuh, aku ikut je cakap mak aku untuk masuk kos perakaunan, walaupun time tu aku memang tidak minat sangat pun.

Aku tidak tahu bahawa kos perakaunan banyak didominasi oleh perempuan. Jadi macam ni lah komposisi kelas aku..

 Dikelilingi oleh 29 perempuan.

Jadi nak tak nak aku teruskan jugak life kat situ. Namun ada jugak yang best kelas ramai perempuan ni, kelas aku memang selalu bersih dan ceria! Untuk pertandingan kelas terbersih memang nama kelas aku selalu naik untuk terima piala pusingan, di mana kebanyakan masa piala tu dihabiskan di dalam kelas aku je. Lagi best bila kelas aku dapat tajaan lawatan ke Melaka sebab dapat kelas terbersih paling banyak..





Part yang tak best pulak.. bila geng-geng mekanikal lalu tepi kelas.


BERSAMBUNG..


Wednesday, August 10, 2011

Maikel Balak Makan Angin

















Makan angin tidak membatalkan puasa ya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...