Tuesday, April 26, 2011

Makanan Daripada Biasa ke Luar Biasa










Kita pun kadang-kadang terpengaruh dengan iklan-iklan dalam tv. Gelang magnetik boleh sembuhkan kanser la, stokin boleh kuruskan badan la. Sebenarnya gelang biasa je, stokin biasa je pun..
Tak kisahlah asalkan namanya vogue dan grande, kelass gitu!

P/S:- Antara makanan-makanan menarik, klik SINI

Friday, April 22, 2011

Dr.Rozmey Mahu Buat Filem Lagi.

1) Walaupun filem 2Alim saya kurang berjaya, namun ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus membuat filem. 

Jadi untuk filem terbaru saya yang berjudul Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi (KMTKKTKN), saya akan menggunakan formula menggabungkan pelakon tempatan dengan pelakon antarabangsa.

                         



2) Untuk filem baharu saya, watak ayah akan dilakonkan sendri oleh saya. Jangan terkejut kerana saya sebenarnya mempunyai sijil lakonan, dan banyak berlakon sambilan di teater dan drama. Untuk watak anak, saya akan mengambil artis hollywood terkenal pada masa sekarang, iaitu Justin Bieber!. Macam mana anda semua teruja kan?






3) Apa? Justin Bieber dah potong rambut?? Aduh rosak program saya. Tapi tidak mengapa kerana saya mempunyai banyak plan. Plan B saya adalah watak anak itu akan dilakonkan sendiri oleh saya.

Mustahil kata kamu? P.Ramlee sendiri pernah membuat teknik begini dalam Anakku Sazali, mengapa saya tidak boleh. Inilah kamu suka sangat merendah-rendahkan filem melayu. Maaf emo pulak saya.





4) Tapi saya masih tidak mempunyai calon untuk berlakon sebagai heroin. Saya tidak tahu mengapa tapi kesemua pelakon yang saya tawarkan semua menolak. Alangkah ruginya mereka kerana bakal terlepas peluang berlakon di dalam filem yang akan mengangkat kembali darjat filem melayu kita. 

 Jadi untuk watak heroin saya mengalu-alukan anak gadis di luar sana menghantar gambar kepada syarikat penerbitan saya untuk tujuan ujibakat. Gambar hendaklah di ambil daripada sudut  atas, dengan mulut dimuncungkan seperti itik. Rasionalnya? Manalah saya tahu kerana saya tengok trend anak gadis sekarang memang begitu!





5) Untuk tujuan promosi, saya tidak lagi menggunakan akhbar Kosmo. Itu antara kesilapan terbesar saya semasa membikin filem 2Alim dulu. Saya tidak perasan bahawa akhbar nombor 1 di Malaysia adalah Harian Metro, bukannya Kosmo. Hampir setengah juta eksekutif muda membaca Harian Metro rupanya. Jadi lepas ini anda semua dapat melihat iklan filem KMTKKTKN di dalam akhbar Harian Metro.





6) Adakah anda ingat tentang berita bahawa Facebook akan ditutup pada 15 Mac lalu. Selepas mendengar berita tersebut, pasukan ICT saya telah bertungkus lumus untuk mencipta Dr.Book supaya rakyat Malaysia terus boleh bersosial. Namun rupa-rupanya berita penutupan Facebook itu adalah palsu. Banyak duit saya habis untuk mencipta Dr.Book itu, lebih teruk saya kena troll habis-habisan oleh ramai blogger hingusan.

Tapi seperti saya katakan, saya mempunyai banyak plan. Jadi Dr.Book akan dilancarkan sempena pelancaran filem KMTKKTKN ini, dan saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya setiap rakyat yang berumur 18 tahun ke atas diberikan Dr.Book secara percuma, dan namanya akan ditukar kepada 1Dr.Book. Kandungan 1Dr.Book ini akan ditapis supaya kata-kata nista akan dipadam secara automatik. Hanya Tulisan yang memuji Dr. akan diterbitkan.

Selain itu 1Dr.Book akan dilancarkan dalam 3D. Jadi anda boleh dapatkan cermin mata 3D di toko-toko jamu saya yang berhampiran.






7) Sasaran kutipan? Hmm mungkin terlalu awal untuk saya katakan, namun saya sekali tidak takut untuk sekali lagi meletakkan sasaran sebanyak RM40 juta. Lagipun setiap pembelian Jus6 saya akan diberikan 1 tiket wayang percuma. Rakyat Malaysia kan suka benda percuma, takkan lah mereka tidak pergi ke panggung untuk menonton.

Sasaran penonton saya adalah para remaja yang jauh terpesong dengan aktiviti rempit, seks bebas, dan  ajaran sesat. Para pekerja kerajaan yang suka curi keluar semasa bekerja turut dialu-alukan menonton filem ini. Jangan risau adegan-adegan yang dipaparkan tidaklah melampau sangat. Lagipun saya yakin dengan Lembaga Penapisan Filem negara kita yang konsisten di dalam membuat tapisan.


Baiklah saya rasa sampai sini sahaja temubual kita hari ini.
 Saya perlu ke salun Fasha Sandha dulu, nak cuci rambut.


P/S:- Dimaklumkan bahawa ini semua hanyalah parodi semata-mata. Jangan ada yang sewel menyangka semua ini adalah benar belaka.

Thursday, April 21, 2011

Cara Menghalau Jurujual






  






Aku teringat di zaman kanak-kanak dulu ada satu team salesman datang ke kawasan perumahan aku. Oleh kerana mak bapak aku kerja time tu, brader tu pesan la  "Nanti kalau mak balik bagitahu dia ada orang nak bagi hadiah percuma".

Yelah masa tu umur tujuh atau lapan tak silap, mana la tahu tipu helah salesman ni (walaupun sekarang pun sering tertipu). Lepas mak aku balik kerja, aku pergi dekat abang salesman tu, dia tengah lepak bawah pokok rumah jiran, tunggu team dia kot.

Si brader ni datang la rumah, presentation depan mak aku. Tapi aku perasan muka mak macam tak best je, muka ketat lebih kurang. Lepas brader salesman ni balik. teruk aku kena leter dengan mak pot pet pot pet. Yela dah penat balik kerja datang pulak si salesmen jual ape ntah. 
Itu la kisah lama time dulu-dulu. Kisah dalam komik atas pun berdasarkan cerita sebenar. Cuma hati-hati nanti kena dakwa cubaan merogol!


Wednesday, April 20, 2011

Emel 1Malaysia. Pendapat Anda?











Aku rasa dah cukup dengan Google, Yahoo dan emel-emel lain kalu nak sebarkan maklumat, pembayaran bil pun boleh buat di online banking. Kecuali terdapat fungsi 1Malaysia email ni yang tidak akan ada pada emel-emel biasa barulah berbaloi rasanya nak buat. RM50 juta tu beb...

Kat twitter pun dah panas trending #1malaysiaemail sekarang ni. Jadi apa pendapat anda?





Tuesday, April 19, 2011

Bila Kawan Lama Call














Kalau aku dapat call daripada member yang memang lama gila tak contact, dalam kepala aku hanya ada empat kemungkinan;

1) Hari tu besday dia, dapat call free.
2) Nak ajak join MLM
3) Ajak kenduri kahwin dia.
4) Nak pinjam duit.

Amat jarang sekali orang call sebab saja-saja nak tanya khabar. Aku pun hanya akan call kawan lama bila aku nak kahwin nanti, hehe..

Friday, April 15, 2011

Pramugari Air Asia X Yang Terlampau.














Pada musim F1 2010, Sir Richard Branson telah membuat pertaruhan dengan taikun Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes. Richard Branson tuan punya team Virgin Racing manakala Tony Fernandes pula Team Lotus.

Keputusan GP Bahrain 2010 itu memihak kepada Team Lotus menyebabkan Richard Branson terpaksa mengotakan janji pertaruhannya, iaitu beliau akan memakai pakaian pramugari Air Asia dan melayan para penumpang!

Penerbangan itu di jangka akan dilakukan pada 1 Mei dari Kuala Lumpur ke London, dan tiket telah dibuka. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah tempah cepat. Harganya tidak mahal sangat cuma £4,500 bersamaan RM22,166. Setiap kutipan akan disalurkan kepada badan-badan amal.

Selain itu penerbangan ini turut akan disertai oleh bekas pelumba F1dan pengasas Team Jordan iaitu Eddie Jordan dan para penumpang turut akan dihiburkan oleh pelawak Britain James Cordon. Tidak dapat dipastikan samada Kumpulan Sepah turut akan membuat persembahan.

Sumber :- The Independent

Monday, April 11, 2011

Topeng-Topeng Blogger.

Sebelum ni aku citer tentang jenis-jenis blogger, sekarang aku citer hal topeng blogger pulak. Jika korang adalah blogger, adakah korang akan memakai topeng :-


1) Topeng Diri Sendiri.

Siapa korang di dunia realiti, maka samalah jugak korang di dunia maya. Kalau korang memang tak suka dengan sesuatu isu tu, korang selamba je tulis kat belog. Tak kira lah ramai orang akan datang komen dan kutuk, lebih-lebih lagi benda tu sesuatu yang melawan arus. Contohnya Lensa Rosak, Cursing Malay dan Hellioz , aku jarang mengomen (tak pernah pun ada) di  belog dia walaupun selalu singgah.




2) Topeng 2 Alam.
Sikap korang di alam realiti sangat-sangat berbeza di alam belog. Kalau kat luar orang tengok kau muka skimpus, cakap pun tak berapa lebat. Tapi bila dapat keyboard terus je macam peluru AK-47 kau tulis. Bahasa pun macam-macam stail keluar, maki hamun carut suma taruk. Maknanya jangan ingat orang di dalam belog tu sama dengan orang di alam maya. Aku tak pernah jumpa Obefiend tapi dia pernah tulis bahawa Obe dengan Effi tu dua entiti yang berlainan. Dan mukanya sangatlah skimpus haha.





3) Topeng Alim.
Kalau ada belog gosip-gosip artis, kau lah yang akan tulung nasihat. "Apa nak jadilah dengan dia ni, ingatlah balasan Tuhan.." contohnya. Tapi sebenarnya kau pun tumpang enjoy jugak layan berita-berita tu. Siap bookmark lagi, kan? Yang ni korang boleh pegi tengok banyak kat belog-belog hiburan.





4) Topeng Cari Trafik.
Ok kadang-kadang aku pun pakai topeng ni. Maknanya menulis belog bukan untuk menulis apa yang kita suka, tapi kejar semata-mata nak kejar trafik dan follower. I follow you, so you kena la follow i jugak taww.. Sila follow sebab korang betul-betul suka belog tersebut!



Kadang-kadang kita semua perlukan topeng ni. Aku juga banyak kali terfikir macam-mana nak menjadi penulis belog yang betul-betul jujur, dan menulis hanya kerana diri sendiri.

Saturday, April 9, 2011

Cepat Beli Saham Bank Rakyat!!






Dulu time amanah saham keluarkan unit terbaru untuk di langgan banyak unit yang di rizabkan untuk bumiputera tak terjual, manakala unit untuk bukan bumiputera cepat gila abis macam goreng pisang kedai janda kampung aku ni.
Jadi sekarang rebutlah peluang Bank Rakyat offer ni, tak rugi beb. Maklumat lanjut tengok kat SINI

P/S:- Belog aku dalam renovation lagi. Nak panggil Eric Deco Surprise tak dapat pulak.

Friday, April 8, 2011

Homoseksual Tidak Mengenal Siapa










Dulu orang kata, binatang pun tak buat hubungan sejenis. Sekarang ni aku rasa ayat tu pun tak boleh pakai dah!! Kena bawak Abu pegi kaunseling ni, takkan tak tergoda tengok Geboh yang montok...




Thursday, April 7, 2011

Kantoi Dengan Penjual Minyak











Hari ni aku malas nak taip panjang-panjang heehe....

Monday, April 4, 2011

Itulah Pentingnya Sains Education!








Habis jatuh terjelepuk kaktus tu, macam tembikai cina! Lepas tu air punyalah banyak lepas pecah.. Macam mana boleh terlupa kaktus ni tak payah siram hari-hari. Tu la time cikgu ajar bab tumbuh-tumbuhan kau tidor, lepas tu mula lah menganiaya hidupan lain!

P/S:- Teringat kat cerita telur tikus membiak dalam pad wanita. Patut Librese wat iklan telur tikus tu jugak hahah.


Saturday, April 2, 2011

Calon Favourite Maharaja Lawak!

Aku tak tengok daripada awal Maharaja Lawak sebab ralit melayan Liga Super dengan Kijang menang dengan Harimau 2-1. Mungkin sebab Harimau Muda, gigi tak berapa nak tajam lagi. Jadi aku terlepas nak tengok Jambu, XN3, Amir, R2 dengan Man.

Kalau tengok persembahan semalam aku rasa calon-calon kat bawah ni memang favourite la nak jadi Maharaja Lawak!


BALAS

Persembahan diorang agak mengejutkan sebab lebih mantap daripada sebelum nih, terutama watak hantu penjual karipap tu. Dia banyak backup member dia yang satu ketika macam blur-blur sikit. Tapi diorang ni memang tak boleh lari daripada lawak double meaning la. Ayat best "mengaripap ibunya di dapur!"


SEPAH

Turun sebagai Juara Raja Lawak musim ke 3, persembahan diorang memang best. Mungkin sebab dah serasi berlakon bersama membuatkan diorang jadi mantap.Tapi aku tengok watak doktor tu lebih dominan berbanding geng dia yang lain. 


JOZAN

Ramai yang menjangka Jozan tidak akan ada banyak masalah dalam persembahan. Tapi agak mengejutkan persembahan diorang semalam bukanlah yang terbaik. Kira tahap boleh la je. Juri Mamat Khalid apa lagi taruk cukup-cukup la, mungkin Jozan terlalu yakin trofi Maharaja Lawak dapat kat diorang kot. Tapi diorang tetap calon favourite aku.



Nabil

Kemunculan si Nabil ni memang ditunggu-tunggu. Selepas kes gambar siput sedut tu agak slow la jugak dia. Aku sebenarnya tak expect persembahan dia menjadi sangat. Tapi hambik ko, memang gelak sakan dengan lawak tali pinggang berkalendar dia. 

Aku rasa sepatutnya dia terus buat joke tentang kalendar tu, bukan wat scene rewind-rewind tu. Sampaikan loceng dah bunyi baru la kelam kabut nak keluarkan kalendar dia, siap sampat toleh belakang takut AC Mizal keluar. 

Nabil memang profesional, kemampuan melawak dia masih mantapp. Sayangnya tak dapat tengok kenapa dia jatuh kena lempang sebab tak cukup masa. Ayat best "nak jual maruah tak laku dah, bibir pun kering!"


JURI

Barisan juri aku rasa seimbang, Apek dengan gaya lawak selamba dia. Mungkin dia tak kritik sangat tapi dia lebih kepada pak lawak dalam barisan juri, Macam Afdlin Shauki dengan Babyface dulu.

Mamat Khalid stail poyo serius dia, banyak jugak dia kritik terutama kat Jozan. Tapi boleh dikatakan dia nak sesuatu yang lebih, yang baru. Aku pun tak tau baru macam mana  dia nak.

Ahmad Idham pulak aku rasa titik seimbang antara Mamat Khalid dengan Apek. Dia ni tak serius sangat, tak lawak sangat pun. Kiranya OK.


   


Astro memang pandai wat marketing. Lepas ni nak tengok Maharaja Lawak kena langgan pakej Mustika pulak. Takpe aku tunggu kat youtube je lah!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...