Aku teringat di zaman kanak-kanak dulu ada satu team salesman datang ke kawasan perumahan aku. Oleh kerana mak bapak aku kerja time tu, brader tu pesan la "Nanti kalau mak balik bagitahu dia ada orang nak bagi hadiah percuma".
Yelah masa tu umur tujuh atau lapan tak silap, mana la tahu tipu helah salesman ni (walaupun sekarang pun sering tertipu). Lepas mak aku balik kerja, aku pergi dekat abang salesman tu, dia tengah lepak bawah pokok rumah jiran, tunggu team dia kot.
Si brader ni datang la rumah, presentation depan mak aku. Tapi aku perasan muka mak macam tak best je, muka ketat lebih kurang. Lepas brader salesman ni balik. teruk aku kena leter dengan mak pot pet pot pet. Yela dah penat balik kerja datang pulak si salesmen jual ape ntah.
Itu la kisah lama time dulu-dulu. Kisah dalam komik atas pun berdasarkan cerita sebenar. Cuma hati-hati nanti kena dakwa cubaan merogol!




