Aku memang tak pandai wat tutorial, so aku rasa tutorial ni sangat mudah untuk geng-geng yang dah ada basic ngan Flash. Kalu sesiapa yang tak tau menatang apo Flash ni, jom la belajar guna. Best wei! Nak belajar kat mana? Online tutorial berlamak cek mek oi! Biasanya aku belajar kat good tutorial, kirupa, flashkit, macam-macam lagi la!
Level aku ngan Flash tak hebat pun, kalu action script tu jangan tanya aku. Tobat aku tak tahu!
Orait jom start, aku pakai Macromedia Flash 8. Sesiapa yang ada version lain sila uninstall! Heheh takde la version lain pun laku gak la. Oke gambar kat atas tu interface utama Flash. Saiz standard lukisan aku adalah 450px X 300px. Korang buleh wat ikut suka la berapa saiz korang nak wat, bergantung pada kesesuaian. Klik gambar kalu nak tengok besar-besar.
Pastu kena wat frame atau bingkai. Create la satu rectangle bergarisan 1px dan tanpa warna di dalamnya. Kat mana nak amik rectangle? Ada kat tool box belah kiri. Tengok betul-betul ikon kotak sebelah bulatan tu. Lepas tu setkan saiz rectangle tu 450px X 300px jugak macam saiz petak. Lepas siap pastikan korang kunci layer frame tu, bukan kunci lirik ye!
Oke lepas tu wat la satu layer baru untuk di lukiskan watak di atasnya. Amik berus kat toolbox, pastikan saiz berus bersesuaian. Aku biasanya pakai yang paling halus dan kedua halus. Tahap kelembutan berus tu biarkan 50, kalu korang turun kan value kat situ berus tu akan jadi kureng smooth. Ni pun ikut kesesuaian kalu korang rasa value kecik cambest so amik je la ye.
Apa yang dua bijik macam telur mata lembu tu? Memang tu bijik mata pun yang aku lukis pakai berus. Lupa nak bagi tau, aku suka lukis pakai mouse yang standard saiz, pasal bagi aku mouse yang kecik macam hamster tu agak susah nak control movement berus. Kalu ada tablet lagi bagus, tapi aku tak mampu nak beli kekekeke..
Gunakan segala cakra semasa melukis, hoho.. Bayangkan menatang ape yang nak dilukiskan, dan biarkan tangan bekerja mengikut kepala otak kita. Zap zap zap dah siap dah outline Maikel Balak aku. Kalau time melukis tu ada silap jangan panik, gunakan pemadam. Bukan beli kat kedai Muda Osman wei, tapi amik kat toolbox belah kiri tu.
Lepas tu wat la satu latar belakang. Create satu layer baru, pastikan layer tu berada di bawah layer Maikel Balak. Sebelum lukis latar belakang, pastikan layer-layer lain dikunci dulu.
Lepas tu gunakan berus, dan lukis latar belakang. Aku lukis bukit ngan padang tu. Kelebihan Flash ni kalu lukis huduh pun bleh nampak tak berapa huduh, pasal berus dia buleh smooth kan korang punya lukisan.
Lepas tu gunakan berus, dan lukis latar belakang. Aku lukis bukit ngan padang tu. Kelebihan Flash ni kalu lukis huduh pun bleh nampak tak berapa huduh, pasal berus dia buleh smooth kan korang punya lukisan.
Oke lepas siap lukis latar belakang, hidekan dulu layer background pasal kita nak kalerkan Maikel Balak ni. Pilih kaler yang berkenan di hati. Pastu amik ikon paint bucket tool kat tool box tu dan klik pada bahagian yang nak di kaler.
Lepas tu un-hide balik layer background, kaler la ye.. (aku dah start penat menaip). Jangan risau kat bahagian lebih kat bawah tu, pasal final result dalam frame saje nak ditunjukkan.
Lepas siap kaler-kaler tu, letakkan la teks ye. Aku biasanya pakai font Action Man, bersaiz 15. Pastikan kunci dulu layer-layer lain dan cipta satu layer baru khas untuk teks. Klik kat mana korang nak letak pastu taip la apa-apa ye..
Untuk kotak dialog gunakan la berus, kalu rasa terlebih smooth time nak lukis kotak dialog turunkan sikit value smooth tu kepada 40.
Untuk kotak dialog gunakan la berus, kalu rasa terlebih smooth time nak lukis kotak dialog turunkan sikit value smooth tu kepada 40.
So kira siap la ni bab-bab lukis ni. Tapi tak abis lagiii, korang kena export dulu fail Flash ni kepada image. Pegi kat File>Export>Export Image. Savekan sebagai JPEG atau yang mana bersesuaian.
Lepas tu siap la! Rarr rarrr o lala... Kepada yang tidak paham aku mintak maaf, sebab aku memang tak reti nak mengajar orang wakakaka! Tapi try la lukis apa-apa, best wooo..
lukis pakai mouse je ke nih?
ReplyDeleteingat pakai drawing tablet
=D
akihiko
ha`ah tikus buruk aku ni, tunggu duit nuffnang la nak beli tablet kot wakaka!
ReplyDeletewuahahahhaha.. itukah maikel balak? memang macam balak! adeh.. *gelak gulin gulin*
ReplyDeleteterer2..hohoho..
ReplyDelete:)bagus ko de minat~mula2 ko kena de modal.pastu cr pasaran.tgk la pasaran ape yg hot skrg n bisnes tu jenis brg yg blom siap atau brg da siap.set modal.n yg penting first ko kena amik brg tu dlm kuantiti yg kecil2.ok?pastu firstnya sasaran ialah meber.iklan disini penting.harga n promosi kena seiring.n yg penting brg ko kena amik dr big boss penjual.ok?;)
ReplyDeleteGosh! Nak cuba!
ReplyDeletewohoho...aku ingat ko guna photoshop atau illustrator masa melukis...rupanya flash... menarik ni...
ReplyDeleteilustrator aku x pandai sangat, kalu potoshop stroke dia aku x brapa suka. so pakai flash je mudah!
ReplyDeleteko memang terbaik la..lukisan jadi cun lepas kaler..nak kena belajar juga ni..
ReplyDeletesebenarnya kalu tambah sikit lagi shadow kat watak tu lagi cun, tapi aku dah malas haha.
ReplyDeletecun giler-nampak simple tapi mmg best tgk!!!cayolah bro! ;D
ReplyDeletemmg ko pandai melukis...hehehehe...kalau org lain berot2 le lukisan
ReplyDeletealahai...nampak macam simple, bape lama ek nak amik masa lukis benda tu?
ReplyDeletepaham.. tapi xpandai lukis... apa kes?
ReplyDelete