Monday, April 11, 2011

Topeng-Topeng Blogger.

Sebelum ni aku citer tentang jenis-jenis blogger, sekarang aku citer hal topeng blogger pulak. Jika korang adalah blogger, adakah korang akan memakai topeng :-


1) Topeng Diri Sendiri.

Siapa korang di dunia realiti, maka samalah jugak korang di dunia maya. Kalau korang memang tak suka dengan sesuatu isu tu, korang selamba je tulis kat belog. Tak kira lah ramai orang akan datang komen dan kutuk, lebih-lebih lagi benda tu sesuatu yang melawan arus. Contohnya Lensa Rosak, Cursing Malay dan Hellioz , aku jarang mengomen (tak pernah pun ada) di  belog dia walaupun selalu singgah.




2) Topeng 2 Alam.
Sikap korang di alam realiti sangat-sangat berbeza di alam belog. Kalau kat luar orang tengok kau muka skimpus, cakap pun tak berapa lebat. Tapi bila dapat keyboard terus je macam peluru AK-47 kau tulis. Bahasa pun macam-macam stail keluar, maki hamun carut suma taruk. Maknanya jangan ingat orang di dalam belog tu sama dengan orang di alam maya. Aku tak pernah jumpa Obefiend tapi dia pernah tulis bahawa Obe dengan Effi tu dua entiti yang berlainan. Dan mukanya sangatlah skimpus haha.





3) Topeng Alim.
Kalau ada belog gosip-gosip artis, kau lah yang akan tulung nasihat. "Apa nak jadilah dengan dia ni, ingatlah balasan Tuhan.." contohnya. Tapi sebenarnya kau pun tumpang enjoy jugak layan berita-berita tu. Siap bookmark lagi, kan? Yang ni korang boleh pegi tengok banyak kat belog-belog hiburan.





4) Topeng Cari Trafik.
Ok kadang-kadang aku pun pakai topeng ni. Maknanya menulis belog bukan untuk menulis apa yang kita suka, tapi kejar semata-mata nak kejar trafik dan follower. I follow you, so you kena la follow i jugak taww.. Sila follow sebab korang betul-betul suka belog tersebut!



Kadang-kadang kita semua perlukan topeng ni. Aku juga banyak kali terfikir macam-mana nak menjadi penulis belog yang betul-betul jujur, dan menulis hanya kerana diri sendiri.

24 comments:

  1. menarik entry nie...

    ade lagi satu topeng...

    blogger yang tertopengkan manusia... tetapi sebenarnye dia adalah lalat

    ReplyDelete
  2. Ea? sembur dengan baygon Nabil jual ari tu tak leh?

    Makin femes blogger tu makin ramai lalat suka kat dia kot?

    ReplyDelete
  3. Topeng-topeng ni hok masaloh nih.tp itu hak mereka. kito cumo keno berhati-hati di jln rayo...

    ReplyDelete
  4. betul..setuju!..penuh dgn kepura-puraan..

    ReplyDelete
  5. Biasanya saya tulis mengenai diri sendiri dan keluarga.. Cuma kadang-kadang adalah sedikit yang berkaitan isu semasa..

    Mungkin saya dari kategori yang pertama tu kot! :)

    ReplyDelete
  6. feyus :- demo la pakai topeng gas, kuat lepas gas..

    Balqees Amanda :- yang penting niat..

    Anif® :- memang hensem yg no 1 tu hehe.

    ReplyDelete
  7. ada sorang lagi blogger tu, blogger pakai topeng sang kancil. Sang kancil tu sebut Bertukar!.. kenal siapa dia?

    ReplyDelete
  8. The Sharkox :- Aku tau, nama dia Maikel Balak. watak utama katun aku dulu hua3.

    ReplyDelete
  9. saya nak jadi penulis hensem macam yang no 1 jugak bole?

    ReplyDelete
  10. errr..rasa2 ko aku kategori mana la??cer teka..

    ReplyDelete
  11. Fina Fento :- tak boleh,hensem utk lelaki je.. cantik baru la boleh.

    Cik sha :- kategori bawah umur. kompom.

    ReplyDelete
  12. aku nak order topeng remy ishak satu.. sekali pakej dengan badan dia yang sasa tu hehehe

    ReplyDelete
  13. Bro Fit :- Remy Ishak? aduii drp dia baik ko amik Adi Putra. Model iklan sabun pencuci lagi tu.

    ReplyDelete
  14. hehe.. blogger gila trafik..
    sampai dua tiang lampu dia nak..

    ReplyDelete
  15. aku topeng lucah. tapi aku tak lucah sebenarnya. lalala

    ReplyDelete
  16. guwa pakai topeng Kamen Rider aje...biasa² aje..."Henshin!!!" hahahhahha

    nice~~~~ topic (^_^)

    ReplyDelete
  17. sAzUwI :- payah2 sangat bagi je dia jadi polis trafik.

    Faiz Tapit :- abg gym? adakah ......

    Ayeem Jemain :- topeng lucah? sape maria ozawa ke.

    titan :- erm betul la tu..

    hazifah :- huhu rempit naik motor belalang tempur..

    ReplyDelete
  18. hahahaahhaa...best entry nehh...hi tersesat mcm mana ntah sampai sini ;)

    ReplyDelete
  19. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    pilihan motorsikal kupcai terbaik

    ada manusia bermuka-muka... depan baik belakang dahsyat...ada gak yang jahat tapi mmg baik hati... ada gak yang muka slamber jerrr tak tau malu..

    yang jahatnya syaitan bertopeng manusia

    ReplyDelete
  20. Just Call Me Bitt :- terima kasih kerana sesat kat sini. lain kali sila sesat lagi :)

    Afzainizam :- Tu la, yang penting naik motor besar kena pakai topi keledar, bukan topeng.

    ReplyDelete
  21. biasalah tu.. dlm dunia realiti lain.. dlm blog lain.. byk topengnya.

    ReplyDelete
  22. sgt setuju. harini dgr cte bro telur dibasuh meninggal dunia. bkn nak kutuk, tp dia antara blogger yg sy tak suka. sbb blog dia mmg merosakkan akhlak. sy banned ip address dia kat shoutmix. spy dia tak dtg lg. terkejut bila dapat berita dia meninggal.

    bab alim tu, malas dah nak komen... dalam dunia realiti lagi banyak org camtu.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...