Thursday, February 25, 2010

KUCING YANG GEMUK DAN PEMALAS






Orang kata kalu lelaki sukakan kucing tak cool, sebab macam awek-awek je suka kucing. Hoh pedulik apa aku, aku punya kucing suka ati aku la. Sama la aku punya blog suka ati aku la hahaha!

Sape-sape tau macam mana nak kerat kuku kucing, sebab kalu aku balik kampung mesti calar-balar tangan kena kuku wolverine diorang.

Orang tua-tua kata kalu kita bela kucing diorang akan mendoakan kebahagiaan tuannya. Aku harap diorang doakan aku supaya cepat kaya, tanpa perlu masuk skim cepat kaya. Haha.

Tuesday, February 23, 2010

JOM MELUKIS MAIKEL BALAK

Okey, oleh kerana ada geng-geng blogger tanya macam mana aku buat sumer artwork aku ni (sebenarnya aku malas nak pikir topik untuk entri hari ni!), aku cuba wat satu tutorial melukis watak yang pernah aku cipta dulu, iaitu Maikel Balak. Yey!

Aku memang tak pandai wat tutorial, so aku rasa tutorial ni sangat mudah untuk geng-geng yang dah ada basic ngan Flash. Kalu sesiapa yang tak tau menatang apo Flash ni, jom la belajar guna. Best wei! Nak belajar kat mana? Online tutorial berlamak cek mek oi! Biasanya aku belajar kat good tutorial, kirupa, flashkit, macam-macam lagi la!

Level aku ngan Flash tak hebat pun, kalu action script tu jangan tanya aku. Tobat aku tak tahu!


Orait jom start, aku pakai Macromedia Flash 8. Sesiapa yang ada version lain sila uninstall! Heheh takde la version lain pun laku gak la. Oke gambar kat atas tu interface utama Flash. Saiz standard lukisan aku adalah 450px X 300px. Korang buleh wat ikut suka la berapa saiz korang nak wat, bergantung pada kesesuaian. Klik gambar kalu nak tengok besar-besar.


Pastu kena wat frame atau bingkai. Create la satu rectangle bergarisan 1px dan tanpa warna di dalamnya. Kat mana nak amik rectangle? Ada kat tool box belah kiri. Tengok betul-betul ikon kotak sebelah bulatan tu. Lepas tu setkan saiz rectangle tu 450px X 300px jugak macam saiz petak. Lepas siap pastikan korang kunci layer frame tu, bukan kunci lirik ye!


Oke lepas tu wat la satu layer baru untuk di lukiskan watak di atasnya. Amik berus kat toolbox, pastikan saiz berus bersesuaian. Aku biasanya pakai yang paling halus dan kedua halus. Tahap kelembutan berus tu biarkan 50, kalu korang turun kan value kat situ berus tu akan jadi kureng smooth. Ni pun ikut kesesuaian kalu korang rasa value kecik cambest so amik je la ye.

Apa yang dua bijik macam telur mata lembu tu? Memang tu bijik mata pun yang aku lukis pakai berus. Lupa nak bagi tau, aku suka lukis pakai mouse yang standard saiz, pasal bagi aku mouse yang kecik macam hamster tu agak susah nak control movement berus. Kalu ada tablet lagi bagus, tapi aku tak mampu nak beli kekekeke..


Gunakan segala cakra semasa melukis, hoho.. Bayangkan menatang ape yang nak dilukiskan, dan biarkan tangan bekerja mengikut kepala otak kita. Zap zap zap dah siap dah outline Maikel Balak aku. Kalau time melukis tu ada silap jangan panik, gunakan pemadam. Bukan beli kat kedai Muda Osman wei, tapi amik kat toolbox belah kiri tu.

Lepas tu wat la satu latar belakang. Create satu layer baru, pastikan layer tu berada di bawah layer Maikel Balak. Sebelum lukis latar belakang, pastikan layer-layer lain dikunci dulu.

Lepas tu gunakan berus, dan lukis latar belakang. Aku lukis bukit ngan padang tu. Kelebihan Flash ni kalu lukis huduh pun bleh nampak tak berapa huduh, pasal berus dia buleh smooth kan korang punya lukisan.

Oke lepas siap lukis latar belakang, hidekan dulu layer background pasal kita nak kalerkan Maikel Balak ni. Pilih kaler yang berkenan di hati. Pastu amik ikon paint bucket tool kat tool box tu dan klik pada bahagian yang nak di kaler.

Selepas di kaler maka terjadi la seperti gambar di atas..

Lepas tu un-hide balik layer background, kaler la ye.. (aku dah start penat menaip). Jangan risau kat bahagian lebih kat bawah tu, pasal final result dalam frame saje nak ditunjukkan.

Lepas siap kaler-kaler tu, letakkan la teks ye. Aku biasanya pakai font Action Man, bersaiz 15. Pastikan kunci dulu layer-layer lain dan cipta satu layer baru khas untuk teks. Klik kat mana korang nak letak pastu taip la apa-apa ye..

Untuk kotak dialog gunakan la berus, kalu rasa terlebih smooth time nak lukis kotak dialog turunkan sikit value smooth tu kepada 40.

So kira siap la ni bab-bab lukis ni. Tapi tak abis lagiii, korang kena export dulu fail Flash ni kepada image. Pegi kat File>Export>Export Image. Savekan sebagai JPEG atau yang mana bersesuaian.

Pastikan korang select Full Document Saiz dan kualiti tu set kepada 100.


Lepas tu siap la! Rarr rarrr o lala... Kepada yang tidak paham aku mintak maaf, sebab aku memang tak reti nak mengajar orang wakakaka! Tapi try la lukis apa-apa, best wooo..

Monday, February 22, 2010

MANA TONG SAMPAH?




Aku seboleh-bolehnya memang nak sangat buang sampah ke dalam tong. Tapi macam mana nak buang kalau tengok kiri kanan takde tong? Sama la macam buat bangunan tapi parking space tak buat, harapkan kaki lima je. Tiba-tiba je emo aku ni.

Aku harap sangat kerajaan boleh memperbanyakkan lagi tong-tong sampah kat kawasan tumpuan orang ramai. Pastu nak negara bersih, tong sampah kenalah banyak wei. Tapi yang paling utama? Mentaliti ya adik-adik..

Sunday, February 21, 2010

PERLAKUAN YANG TIDAK SOPAN



Hai semua pembaca blog aku, dah seminggu aku bercuti daripada posting kat sini. Memang bercuti betul-betul la ni kiranya.

Aku suka pompuan yang sopan santun, yang ketawanya tidak mengilai, yang time makannya tak berbunyi sampai meja sebelah, yang tak serabai, dan yang paling best, intelligent. Nanti bolehla guide aku ye. (Bukan ke lelaki yang guide perempuan?)

Saturday, February 13, 2010

SELAMAT HARI LAHIR!

Pertama aku nak minta maaf banyak-banyak kepada Ernie Syafika pasal tak sempat nak lukis untuk birthday dia yang ke 20 (betul kan Syafika?). Dua tiga hari ni memang sibukkkk je aku ni.

Dan hari ni pulak aku nak balik ke Kelate dah maka lagi la tak sempat nak buat hehe.
Oleh itu entry pendek ini sahaja la aku sempat buat untuk kamu ye. Maaf sekali lagi orait!

Happy birthday! (^_^ll)

AKU NAK BERCUTI

Hari ni aku nak balik kampung, semua baju seluar dah siap packing. Lagu Cascada pun dah siap burn, biasala drive sorang-sorang ni ngantuk so mesti kena ada lagu rancak-rancak sikit kan.

Dalam seminggu aku nak bercuti ni mungkin blog ni akan kurang update, kerana aku tak ada laptop sendiri untuk melukis. Tapi dengar khabar mak aku dah beli laptop baru, boleh la aku bodek guna laptop tu kejap keh keh..

Kepada semua yang ingin pulang ke kampung, sila berhati-hati. Ingatlah kepada orang yang tersayang. Lama tak gi dating wei!

Thursday, February 11, 2010

KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN BUNGA PADA BULAN INI





Bulan Februari ni bisnes bunga paling menjadi. Tak payah cerita la kenapa kan, semua orang mesti tahu. Ada yang hantar bunga, ada yang terima bunga. Aku tak pernah pun menerima bunga. Kalau secara virtual tu banyak lah, macam gift-gift melalui facebook.

Jangan pula ada yang jeles bila kawan-kawan korang dapat hadiah bunga pulak. Susah-susah ikut je macam Cik Aina (nama samaran) di atas ye..

p/s:- credit to Emalya (-_-)

Wednesday, February 10, 2010

SERANGAN YANG TIDAK BERHATI PERUT




Kepada pengguna ICT di luar sana. Sentiasalah update antivirus anda, scan pendrive sebelum buka. Ini dapat mengelakkan virus komputer seperti trojan, worm, atau kura-kura daripada menetas di dalam PC anda.

Lagi satu sentiasa backup data-data penting. Kesian kat opismate aku habis hilang hasil kerja beliau..

Tuesday, February 9, 2010

PUKAU MELALUI FACEBOOK??





Sekarang ni macam-macam teknik pukau ada, tepuk bahu, menggunakan mantera pukau, SMS pun ada. Tak lama lagi mesti ada pukau melalui facebook. Nantikan...

Monday, February 8, 2010

CYBER CAFE YANG AKU LEPAK SELAMA 15 MINIT





Waaa agak lama jugak aku tak update blog. Gara-gara balik kampung 3 hari baru-baru ni. Time aku kat kampung kebanyakan cyber cafe sangat la tak mantap dari segi pengurusan. Susun atur PC, kebersihan, PC zaman jipun pun ada.

Masa aku dok kat KL dulu CC dia memang mantap abis, kebersihan memang tip top, interior design memang wat duit aku kopak dalam 5-6 ringgit. Kalau kat kampung RM1 pun dah kira ok la tu...

Wednesday, February 3, 2010

LELAKI TAKKAN BERHENTI MEROKOK KALAU...





Kebanyakan perempuan tidak suka lelaki merokok, tapi lelaki pun tak suka perempuan shopping melampau-lampau. So fair and square la kan? Tak payah la nak cerita tentang bahaya merokok, penyakit akibat merokok ke.. Kalau dah perokok tegar memang payah wei nak berhenti.

PS:- Aku bukan seorang perokok, dan aku pakai listerine setiap hari. Haaaahhhhhh....

Tuesday, February 2, 2010

BILA PEREMPUAN MEMANDU KERETA





Kenapa kebanyakan pemandu perempuan macam siput, kereta ke kiri kanan, nak keluar simpang pun lambat.. Tapi ada juga women driver bagus, macam Ema kawan aku (sila berbangga ya). Namun begitu jangan la pulak kita jadi seperti watak lelaki di atas, bersopanlah anda di jalan raya. Sesungguhnya dipukul oleh perempuan adalah sangat memalukan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...