Pada sebulan lepas aku secara suka-suka telah menjoin satu pertandingan melukis komik FUNanciers Cartoon It! Contest anjuran Prudential BSN Takaful yang bertajuk Nasib Ejen Takaful. Tanpa dijangka dan diduga, aku berjaya menjadi salah seorang pemenang!
Semasa aku buat komik tu, aku langsung tidak tengok apa kejadah hadiahnya. Sebabnya aku suka-suka je masuk dan tak menaruh harapan nak menang.
Rupanya rezeki aku kali ni adalah sebuah Lenovo Ideapad K1. Macam tak percaya sebab beberapa entri aku yang dulu menceritakan aku hanya mampu windows shopping je dengan gadjet macam ni!
Jadi aku nak berterima kasih kepada pihak Prudential BSN Takaful kerana memilih komik aku sebagai salah satu pemenang. Terima kasih kepada semua kawan-kawan yang support aku selama ni.
Terima kasih.
Aku punya tu!!