Wednesday, May 12, 2010

Kepala Pusing Kerana Header

Aku nak wat header baru, yang gambar kucing pening-pening lalat kat atas tu. Tapi masalahnya tak muncul-muncul kat bahagian header. Last-last dok kat situ je. Sebenarnya aku teruja bila tengok header macam Yeyen. Cantik ah.

Jadi aku try la godek sambil skodeng page source Yeyen tu. Saje je taknak tanya dia lagi, nak try ilmu-ilmu lama dulu. Tapiiii tak jadi jugak. Rasanya dah lama kepala aku tak overload macam ni, perut lapar pulak.

Tapi macam best plak kan banner tu dok kat situ? Korang rasa tak payah ubah dah ke?

Tuesday, May 11, 2010

Adamaya VS Piala Thomas




Bila aku bukak Facebook tadi, ada dua tiga update status yang mengomel-ngomel pasal tak bleh tengok Adamaya sebab ada Thomas Cup. Haa gaduh la korang.

Aku pernah tengok sekali je cerita Adamaya tu, sebabnya aku takut nanti ketagih lepas tu kena menepek depan tv tiap-tiap hari. Tapi memang betul la citer tu best sebab walaupun aku tengok sekali rasa nak tengok berkali-kali (sebabnya mesti la ada Lisa Surihani).

Ketika entri ni di tulis, Malaysia kena ikat dengan Jepun 2-2 (biar betul?). Harap-harap Hafiz Hashim wat yang terbaek nanti!

Betul ke bulu tangkis tu boleh belah buah tembikai??


Monday, May 10, 2010

Kisah Empat Pengurus EPL





Mula-mula tahniah kepada Chelshit, eh Chelsea sebab menang kejuaraan EPL/BPL semalam. Setelah bertungkus-lumus sepanjang musim dan bertukar-tukar pengurus, dapat jugak trofi kat diorang eh.

Lepas abis season mestilah banyak cerita-cerita tentang pertukaran pemain, pengurus dan jugak pemilik kelab. Bunyi khabar Rafa nak blah ke Juventus. Molek la gi main jauh-jauh nu.

Aku sokong team mana? Mesti lah Arsengal, eh silap lagi. Arsenal. Tapi sayang sekali tak dapat (LAGI) tahun ni trofi tu. Jadi Encik Wenger, duit banyak-banyak tu nak wat ape, nak gi Mekah ke. Beli la player-player hebat dan berpengalaman jugak. Penjaga gol tu tukar la weh. Jangan kedekut sangat ya.

Oke sekali lagi tahniah kepada semua penyokong-penyokong Chelsea, keep the blue flag flying high (pinjam ayat mu Shah).

Sunday, May 9, 2010

Tak Suka Kucing!






Apa yang best bela arnab? Tak boleh wat bunyi-bunyian, tak manja-manja, tak cerdik macam kucing. Tapi tu semua hak masing-masing la kan. Nak minat bela apa pun, ikut masing-masing la kan. Tapi aku masih tak paham kenapa bela arnab ni best..

Jawapan member aku lepas tengok video tu :-

SEKOR LAGI KUCING MENYUSAHKAN TUAN RUMAH. T_T

Saturday, May 8, 2010

Kepada Pencari Kerja Yang Pakai Kabel.




20hb ni hari yang tersangat penting bagi aku. Kepada semua pesaing-pesaing, good luck di ucapkan. Aku tau peluang ni bukan mudah nak dapat.Kepada calon-calon yang pakai kabel tu aku tak kisah pun. Aku pakai wireless. Advance pada ko lagi hahaha!

Wish me luck.

Friday, May 7, 2010

Kad Kahwin Digital.




Sekarang ni nak jemput kawan-kawan ke kenduri memang mudah gila. Tak payah susah-susah tepek setem pastu gi pejabat pos untuk pos kad jemputan. Upload je kat Facebook lepas tu tag beramai-ramai. Jimat gila weh. Lagi pun kalau kad kahwin real lepas orang gi kenduri diorang buang je la kan, jarang yang simpan (macam aku).

Aii rugi lagi la Pos Malaysia lepas ni..

P/S:- kartun di atas aku guna pixton. Tenkiu kat brader Anif sebab bagitau aku pixton ni. ;)

Tuesday, May 4, 2010

Susahnya Bila Mood Berblogging Hilang.





Dekat seminggu jugakkan aku tak update apa-apa. Ni semua gara-gara perkhemahan budak-budak sekolah, lepas tu ada mesyuarat itu ini pulak, lepas tu esok lusa ada sukan pulak.

Bila dah lama tak update mood tu tiba-tiba je hilang dengan sendiri. Apa aku nak update aku pun tak tahu, lagipun minggu ni memang sibuk gila ah. Ingatkan sampai Ahad je rupanya sambung lagi seminggu, adeii..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...