Thursday, March 31, 2011

Jenis-Jenis Blogger.

















Macam-macam jenis blogger ada nih. Yang kat atas tu sikit je, yang lain tu mesti ada salah sorang daripada korang. Aku? Mestilah blogger malas haha.

Thursday, March 24, 2011

Gagal SPM? Jangan Terlalu Kecewa.









Dapat kumpul banyak A? Tahniah.. Tak dapat? Jangan kecewa sangat. Sampai susah payah panjat bangunan lepas tu terjun. Ramai lagi orang yang ada masalah besar daripada korang. Banyak masa lagi untuk improve diri sendiri.

Aku ada ramai kawan yang result dia SPM kurang best, tapi sekarang pakai kete besar 2 3 bijik, semestinya bukan MLM ye. Tapi usaha yang banyak lepas gagal tu buat dia berjaya. Jadi toksah putus asa, peluang banyak untuk betulkan balik.

P/S:- Kadang-kadang aku perlukan Doremon untuk pinjam mesin masa balik ke zaman sekolah.

Monday, March 21, 2011

Kecantikan dan Double Standard.




Hakikatnya, manusia memang tertarik pada kecantikan. Contohnya "Jom le lepak kedai simpang tu, pelayan dia comel gila ohhh". Ataupun "Taknak aku beli kat kedai tu, salesgirl tu dah la huduh, lepas tu senyum-senyum kat kat pulak". 

 Orang cantik pun senang naik pangkat. Yeke? Oke bergantung kepada ketuanya lah. Kalau jenis berat sebelah memang yang cun, yang hensem memang mudah naik. Sebetulnya dinilai dari segi performance kerja la kan. 

Nak salah kan sape? Memang tak boleh sebab pe'el manusia memang gitu. Memang suka benda cantik dan cun. Walaupun orang kata kecantikan tak penting, yang penting hati. Tapi first impression kat orang tu mestilah pada luaran dia dulu kan? Kalau cantik, sedap mata memandang kompom rasa nak mengurat. Yang rupa-rupa sederhana ni lepas kawan lama sikit baru la rasa terpaut sikit dalam jiwa.

 Tapi, kepada yang kurang cantik kurang hensem (macam aku), yang penting aku rasa, penampilan at least kena kemas. Jangan la serebeh je. Dah la tak cun, pemalas pulak nak jaga penampilan. Sekurang-kurangnya penampilan kemas buleh meningkatkan keyakinan diri. Jalan pun mendongakk je, jangan langgar tiang sudahhh..

Thursday, March 17, 2011

Posting Skema - Teknologi Hijau.






Hai, nama saya Maikel Balak. Sekarang ni kecoh pulak dengan istilah Green Technologi, atau Teknologi Hijau. Oleh kerana saya binatang yang terpandai, walaupun saya buat-buat pandai je sebenarnya. Maka jom saya nak citer sikit tentang Teknologi Hijau ni.



Menurut kamus wikiwiki, teknologi hijau juga orang panggil teknologi bersih di mana penerapan nilai kesedaran untuk memelihara alam semulajadi dan mengelak kesan negatif dari perbuatan sang manusia. Kesian kitorang tau.

Antara contoh teknologi hijau adalah...

Abih, apa kaitan dengan korang semua? Wat-wat tak tau, atau wat-wat tau walaupun tak tau, haha. Okay antara sumbangan yang korang sang manusia boleh buat adalah..

Kurangkan pelepasan kadar gas beracun. Kentut termasuk ke?

Oke secara realiti aku tau memang payah orang nak tinggal kete lepas tu naik pengangkutan awam. Aku penah dengar satu Makcik Eksekutif yang cakap "Ini first time naik LRT, lepas ni taknak naik dah". Yela dah time tu orang balik keje memang macam sadin la dalam tu. Tapi aku tetap harap LRT ni dapat kerapkan lagi perjalanan dia. Dulu 20 minit sekali, sekarang tak tahu lah.

Tanam Pokok. 

Bagi orang di kampung benda ni senang je nak buat, halaman luas jadi takda masalah nak menanam pokok ape, pokok ketum pun boleh. Tapi yang dok kat bandar ni la masalah sikit, space tak berapa ada. Jadi yang boleh buat, tanam dalam Facebook je lah.


Kurangkan Penggunaan Beg Plastik.


Yang ni biasa dengar dalam radio, kalau aku selalu je dalam THR. Sekarang ni pasaraya pun dah start kempen ni, hari Sabtu je diorang takkan bagi beg plastik kat pelanggan. Kalu nak kena bayor ekstra. 20 je pun. Tapi sebenarnya nak mendidik pelanggan bawak beg plastik sindiri. Tapi hari tu kesian tengok makcik tu   bawak barang dalam beg plastik dia, lepas tu mungkin sebab plastik lama maka terjatuh bertaburan le barang-barang yang di beli. Aku pun tolong la........... tengok.

Okay aku rasa setakat tu je kot. Sebab aku bukan reti sangat pun tentang benda ni. Yang aku tau lepas bukak bungkusan plastik cari tong sampah. Kalu tak jumpa masuk je la dalam poket. Serius ni bukan propaganda. Apa-apa pun terserah la pada korang semua, kena saman buang sampah merata bayar la sindiri. Akhir kata......









Wednesday, March 16, 2011

Tinggal Serumah Tapi Tak Kahwin?

Semasa berjalan-jalan di alam maya singgah jap di Bro Framestone. Mulanya dia post pasal kawin kat siam, tapi macam mana tak tau boleh lencong timbul isu Remaja Tinggal Serumah Tapi Tak Kahwin, ataupun senang cakap Amarika lah. Realitinya, memang berlambak dah tinggal serumah tapi tak kawin-kawin, kawan aku sendiri pun ada gak seko dua. 


Salah satu sebab adalah diorang memang nak kawin. Tapi duit tadak. Dan adat Melayu memang sangat memerlukan duit yang agak banyak untuk berkahwin. Kalau takda 10k memang payah la. Tu adat Melayu, tapi kalau ikut Islam memang mudah sangat je..... pun.

Lagi satu memang saja-saja je tak nak kawin, best je dok serumah macam tu. Dok KL contohnya, jauh dari kampung, sape yang nak tolong tengok. Jiran-jiran pun tak amik port ah, jaga hal masing-masing. Jadi bila dah sampai satu masa, dah boring dengan pasangan, blah je la bawak haluan masing-masing. Lepas tu cari yang lain pulak. Amarika.

Jadi semuanya terserah pada diri masing-masing lah. Yang nak kawin tapi kurang duit ni boleh kawin gantung dulu contohnya. Tapi yang memang saja-saja dok serumah ni, sindiri mau ingatlah. Dah besar panjang pun, lebih-lebih kang ada kata aku nak tunjuk pandai pulak. Sekian, lapar perut....





Tuesday, March 15, 2011

Menunggu Merong Mahawangsa di Astro First.


Orang kata Merong Mahawangsa ni antara movie Melayu paling best abad ini. Tak tau la yang kata tu hanya tengok trailer ke, dengar mulut orang atau pegi tengok sendiri. Aku pun tak tengok lagi movie ni, dan kemungkinan besar tidak akan menonton di pawagam (kecuali ada orang belanja XD). Lagi satu pilihan adalah tunggu je keluar kat Astro First tiga empat minggu lagi.

Atau pun, pinjam ngan member CD movie ni, hahah!

Monday, March 14, 2011

Sensitiviti - Bergantung Kepada Cara Penyampaian.


Aku rasa tidak salah menggunakan gambar Ultraman, cuma persembahannya dalam Berita Harian tu agak kurang sensitiviti. Korang rasa kartun aku di atas menyinggung sensitiviti ke tidak? Sekadar ingin tahu.

Semoga Jepun bangkit selepas ini, walaupun berita hari ni mengatakan kebocoran radiasi harap-harap pasukan penyelamat dapat melakukan yang terbaik. Semoga rakyat kita di sana semuanya selamat.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...