Dapat kumpul banyak A? Tahniah.. Tak dapat? Jangan kecewa sangat. Sampai susah payah panjat bangunan lepas tu terjun. Ramai lagi orang yang ada masalah besar daripada korang. Banyak masa lagi untuk improve diri sendiri.
Aku ada ramai kawan yang result dia SPM kurang best, tapi sekarang pakai kete besar 2 3 bijik, semestinya bukan MLM ye. Tapi usaha yang banyak lepas gagal tu buat dia berjaya. Jadi toksah putus asa, peluang banyak untuk betulkan balik.
apa pun pilihan di masa hadapan biarlah yang baik2.masa depan tak dapat diramal..kan?
ReplyDeletehottest entry di blog khalis :
Games Upin Ipin sudah jadi kenyataan
Fakta untuk mengetahui kegemukan
Jd artis x perlu belajar tinggi..Tp bila dah popular penuh dgn isu fitnah menfitnah plak... x aman jugak tu.huhuhuhu
ReplyDeleteaku spm pun tak hebat mana dulu..dapt pun 2A je pun..yg lain harap kredit..tapi skang alhamdulillah sebab aku tak putus asa berusaha..keje elok pun..dapat sara diri dengan mak aku..walaupun tak jadik doktor, arkitek, lawyer..kui3..
ReplyDeletebanyak je kawan2 yg result tak berapa cantik dapat keja elok - elok gaji besar - besar..tak payah kecewa sangat..
ReplyDeletemykhalis:- kalau masa depan bleh ramal dah lama lingkus bisnes toto...
ReplyDeletefeyus :- demo nk jadi pengacara melodi ko ni..
♥CIK SHA♥ :- kira aku up sikit dari ko la, aku 3A wakaka..
Fina Fento :- ha`a tapi tu la, ada yang sanggup gantung diri bila x dapat result yang baik..
hahahha..bagus juga ada doremon sekor
ReplyDeletemak aku sgt t'ingin nk ada sekor..bukan nk pinjam gadget² dia..tapi nk suh dia g ladang ^^;;...herm...........
Jika keputusan kurang memuaskan jangan terlalu kecewa. Boleh mencuba lagi atau ambil sedikit masa untuk kenal pasti minat sebenar serta potensi diri..
ReplyDeleteInsyallah akan nampak jalan yang jelas selepas itu
HaZiFah :- nak g ladang? ladang kan banyak tikus mondok!
ReplyDeleteAnif :- Ye betul tu, kenali potensi diri. Rajin2 le dengar Dr.Fadzilah Kamsah..
Weh, dapat berapa A? AKu dapat 9 A... tapi A dengung la..
ReplyDeleteWEh, nama mahmud tak komersial la.. patut dia guna nama Mood.. baru nampak cam orang putih sikit..haha
A dengung tu menatang ape. A sabdu aku tau la haha..
ReplyDeleteMood? terus hilang mood...
rezeki ada dimana2..InsyaAllah, Allah akan bantu umatnye yg berusaha....
ReplyDeletetp, dpt byk A menjd kebanggaan gak tuuu...nk back to the future gakkk..
ada yang sanggup gantung diri sebab result tak baik? kawan ko ke? refer to komen ko kat atas tu
ReplyDeleteMiYOKO SuKi :- hehe mintak nga doremon jugak ler..
ReplyDeleteHasrol Nizam :- xde la bukan kawan aku pon, tapi dalam paper taun lepas kan ada student yg bunuh diri lepas dapat result terukk..
Betul2..gagal sekali x bermakna gagal selamanya, berjaya hari ini x semestinya berjaya selamanya..yang penting jgn putus asa..dan terus berusaha..kdg2 certain yg dpt bnyk A pun..bile masuk U..x dpt nk selesakan diri dengan environment..result jd teruk..yang SPM kureng plak yang improve..soo neva give up till the endd!!
ReplyDelete,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
ReplyDelete//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
LUMRAH alam persekolahan, setiap kali keputusan peperiksaan diumumkan pasti ada yang berjaya dan gagal. Bagi yang cemerlang, mereka boleh mengatur langkah memajukan diri tetapi bagaimana jika kecundang?
Kegagalan sukar diterima dan mengecewakan terutama bagi pelajar bercita-cita tinggi. Bagaimanapun, kegagalan itu bukanlah penamat masa depan sebaliknya mengajar seseorang memperbaiki kelemahan diri.
Memang sukar menerima kegagalan dan menjadi sesuatu yang positif. Diri, fizikal dan mental perlu kuat. Kegagalan boleh menjadi sesuatu yang manis untuk masa depan jika diterima dengan terbuka.
Bagaimana? Dengan kegagalan itu, kita boleh bermuhasabah mengenai kekurangan diri mahupun usaha sudah dilakukan. Mungkin terlupa meneguhkan sesuatu aspek yang memerlukan suntikan dan usaha berganda.
Saya percaya, jika mampu mengatasinya, bukan saja pelajar namun sesiapa saja boleh menikmati kejayaan.
Justeru, pelajar jangan berputus asa. Cuba buang rasa sedih, rendah diri dan malu kerana ia menjadikan seseorang itu semakin lemah.
Secara tidak langsung, ia bakal mewujudkan konflik dan menggagalkan usaha diri mengecapi kejayaan. Ambil pendekatan menghiburkan diri sendiri atau menenangkan minda dengan bersukan, melancong atau mendekatkan diri kepada-Nya.
Perlu diingat, mengukuh dan menguatkan emosi dalaman sangat penting sebelum mengorak langkah seterusnya kerana jika rapuh, anda tidak akan pergi jauh.
Proses pemantapan mengambil masa dan apabila sudah berjaya, mudah 'mendidik' diri agar menerima kegagalan dengan lebih terbuka.
Kuatkan keazaman dan sentiasa berkata "saya juga mampu berjaya seperti orang lain jika sentiasa berusaha".
Untuk berjaya, ujian dan ranjau tidak boleh dielakkan. Justeru, jangan patah semangat sebaliknya anggap sebagai guru dan pembelajaran terbaik yang tidak mungkin boleh didapati di sekolah.
Malangnya, ramai yang kecundang serta mengambil jalan mudah memusnahkan diri dan masa depan. Antaranya terjebak dalam penyalahgunaan dadah atau terbabit dengan gejala sosial.
Nasihat saya, jangan memusnahkan diri diri sendiri kerana ia akan memalukan ibu bapa atau menjatuhkan maruah diri.
hahaha...bagi aku, sarcasm nih... :D
ReplyDelete