Monday, March 21, 2011

Kecantikan dan Double Standard.




Hakikatnya, manusia memang tertarik pada kecantikan. Contohnya "Jom le lepak kedai simpang tu, pelayan dia comel gila ohhh". Ataupun "Taknak aku beli kat kedai tu, salesgirl tu dah la huduh, lepas tu senyum-senyum kat kat pulak". 

 Orang cantik pun senang naik pangkat. Yeke? Oke bergantung kepada ketuanya lah. Kalau jenis berat sebelah memang yang cun, yang hensem memang mudah naik. Sebetulnya dinilai dari segi performance kerja la kan. 

Nak salah kan sape? Memang tak boleh sebab pe'el manusia memang gitu. Memang suka benda cantik dan cun. Walaupun orang kata kecantikan tak penting, yang penting hati. Tapi first impression kat orang tu mestilah pada luaran dia dulu kan? Kalau cantik, sedap mata memandang kompom rasa nak mengurat. Yang rupa-rupa sederhana ni lepas kawan lama sikit baru la rasa terpaut sikit dalam jiwa.

 Tapi, kepada yang kurang cantik kurang hensem (macam aku), yang penting aku rasa, penampilan at least kena kemas. Jangan la serebeh je. Dah la tak cun, pemalas pulak nak jaga penampilan. Sekurang-kurangnya penampilan kemas buleh meningkatkan keyakinan diri. Jalan pun mendongakk je, jangan langgar tiang sudahhh..

12 comments:

  1. Hensem,cun atau tak.. penampilan harus dijaga. Kekemasan dan kebersihan tentunya menyedapkan mata yang memandang. Ditambah pula jika hensem & cun tentunya bonus berganda tu!

    ReplyDelete
  2. cantik 2 subjektif..
    yg pnting kita rsa selesa dgn imej sendiri..

    ReplyDelete
  3. Anif® :- setuju2!

    pena :- jenis tak kisah la ni kan..

    ReplyDelete
  4. Atas dunia buleh buat pilihan, tp akhirat esok tiada lg pilihan buat manusia...
    Jom Sertai Link Exchange, Tingkatkan Trafik Blog

    ReplyDelete
  5. lelaki kaya ramai je xhensem.. tapi nampak hensem sbb dorang kemas...

    ReplyDelete
  6. Feyus :- Aduh demo wi tazkirah slaluhh..

    Rina :- Contohnya Ronaldinho, kan kan?

    ReplyDelete
  7. kalau aku mintak derma, mesti tak ramai nak hulur duit kat aku, padahal aku ni hensem dan tidak serabai..macam mana tu?

    ReplyDelete
  8. The Sharkox :- Sebab orang tak bersimpati tengok muka ko wakaka.

    velasrizal :- hehe sempena libya bombing sekarang..

    ReplyDelete
  9. yup! inilah realiti...
    the power of beauty can destroy the world, or maybe make the world a better place..hehehhe

    ReplyDelete
  10. =====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    “Tali timba ditarik perlahan
    Terasa sejuk air perigi
    Ziarah Blog tanda persahabatan
    InsyaAllah hamba datang lagi”

    Maaf kerana lama tak berkunjung yerrr .. minggu lepas agak sibuk sangat maaf lah yerr...

    yakinlah bagi mereka yang memerlukan, sedikit pemberian diterima dengan penuh kesyukuran, sangat besar ertinya buat mereka. Justru marilah kita hidupkan amalan sedekah dalam diri kita untuk mereka yang benar-benar mengharapkan bantuan kita. Sesungguhnya Islam telah memperuntukkan di dalam harta orang kaya, ada hak bagi orang fakir. Tangan yang memberi lebih baik daripada tangan yang menerima. Setiap muslim adalah bertanggungawab sentiasa bekerja dan berusaha supaya tangannya tidak sentiasa menjadi tangan yang menerima pemberian tetapi memberi. Rasulullah SAW telah mengisytiharkan dari atas mimbar tatkala Baginda memperingatkan supaya muslimin bersedekah dan memelihara diri dari menerima sedekah. “ Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah. Dan tangan yang di atas itu lah yang memberi dan tangan yang di bawah itulah yang meminta” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).

    ReplyDelete
  11. Sebab tu kalau awek cun lagi senang nak buat sales daripada lelaki. Senang je nak closing. Kalau lelaki, cakap la sampai berbuih, sehari nak dapatkan satu customer pun seksa.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...