Showing posts with label lawak. Show all posts
Showing posts with label lawak. Show all posts

Friday, April 15, 2011

Pramugari Air Asia X Yang Terlampau.














Pada musim F1 2010, Sir Richard Branson telah membuat pertaruhan dengan taikun Air Asia Datuk Seri Tony Fernandes. Richard Branson tuan punya team Virgin Racing manakala Tony Fernandes pula Team Lotus.

Keputusan GP Bahrain 2010 itu memihak kepada Team Lotus menyebabkan Richard Branson terpaksa mengotakan janji pertaruhannya, iaitu beliau akan memakai pakaian pramugari Air Asia dan melayan para penumpang!

Penerbangan itu di jangka akan dilakukan pada 1 Mei dari Kuala Lumpur ke London, dan tiket telah dibuka. Jadi sesiapa yang berminat bolehlah tempah cepat. Harganya tidak mahal sangat cuma £4,500 bersamaan RM22,166. Setiap kutipan akan disalurkan kepada badan-badan amal.

Selain itu penerbangan ini turut akan disertai oleh bekas pelumba F1dan pengasas Team Jordan iaitu Eddie Jordan dan para penumpang turut akan dihiburkan oleh pelawak Britain James Cordon. Tidak dapat dipastikan samada Kumpulan Sepah turut akan membuat persembahan.

Sumber :- The Independent

Saturday, April 2, 2011

Calon Favourite Maharaja Lawak!

Aku tak tengok daripada awal Maharaja Lawak sebab ralit melayan Liga Super dengan Kijang menang dengan Harimau 2-1. Mungkin sebab Harimau Muda, gigi tak berapa nak tajam lagi. Jadi aku terlepas nak tengok Jambu, XN3, Amir, R2 dengan Man.

Kalau tengok persembahan semalam aku rasa calon-calon kat bawah ni memang favourite la nak jadi Maharaja Lawak!


BALAS

Persembahan diorang agak mengejutkan sebab lebih mantap daripada sebelum nih, terutama watak hantu penjual karipap tu. Dia banyak backup member dia yang satu ketika macam blur-blur sikit. Tapi diorang ni memang tak boleh lari daripada lawak double meaning la. Ayat best "mengaripap ibunya di dapur!"


SEPAH

Turun sebagai Juara Raja Lawak musim ke 3, persembahan diorang memang best. Mungkin sebab dah serasi berlakon bersama membuatkan diorang jadi mantap.Tapi aku tengok watak doktor tu lebih dominan berbanding geng dia yang lain. 


JOZAN

Ramai yang menjangka Jozan tidak akan ada banyak masalah dalam persembahan. Tapi agak mengejutkan persembahan diorang semalam bukanlah yang terbaik. Kira tahap boleh la je. Juri Mamat Khalid apa lagi taruk cukup-cukup la, mungkin Jozan terlalu yakin trofi Maharaja Lawak dapat kat diorang kot. Tapi diorang tetap calon favourite aku.



Nabil

Kemunculan si Nabil ni memang ditunggu-tunggu. Selepas kes gambar siput sedut tu agak slow la jugak dia. Aku sebenarnya tak expect persembahan dia menjadi sangat. Tapi hambik ko, memang gelak sakan dengan lawak tali pinggang berkalendar dia. 

Aku rasa sepatutnya dia terus buat joke tentang kalendar tu, bukan wat scene rewind-rewind tu. Sampaikan loceng dah bunyi baru la kelam kabut nak keluarkan kalendar dia, siap sampat toleh belakang takut AC Mizal keluar. 

Nabil memang profesional, kemampuan melawak dia masih mantapp. Sayangnya tak dapat tengok kenapa dia jatuh kena lempang sebab tak cukup masa. Ayat best "nak jual maruah tak laku dah, bibir pun kering!"


JURI

Barisan juri aku rasa seimbang, Apek dengan gaya lawak selamba dia. Mungkin dia tak kritik sangat tapi dia lebih kepada pak lawak dalam barisan juri, Macam Afdlin Shauki dengan Babyface dulu.

Mamat Khalid stail poyo serius dia, banyak jugak dia kritik terutama kat Jozan. Tapi boleh dikatakan dia nak sesuatu yang lebih, yang baru. Aku pun tak tau baru macam mana  dia nak.

Ahmad Idham pulak aku rasa titik seimbang antara Mamat Khalid dengan Apek. Dia ni tak serius sangat, tak lawak sangat pun. Kiranya OK.


   


Astro memang pandai wat marketing. Lepas ni nak tengok Maharaja Lawak kena langgan pakej Mustika pulak. Takpe aku tunggu kat youtube je lah!

Monday, March 8, 2010

Monday, February 22, 2010

MANA TONG SAMPAH?




Aku seboleh-bolehnya memang nak sangat buang sampah ke dalam tong. Tapi macam mana nak buang kalau tengok kiri kanan takde tong? Sama la macam buat bangunan tapi parking space tak buat, harapkan kaki lima je. Tiba-tiba je emo aku ni.

Aku harap sangat kerajaan boleh memperbanyakkan lagi tong-tong sampah kat kawasan tumpuan orang ramai. Pastu nak negara bersih, tong sampah kenalah banyak wei. Tapi yang paling utama? Mentaliti ya adik-adik..

Sunday, February 21, 2010

PERLAKUAN YANG TIDAK SOPAN



Hai semua pembaca blog aku, dah seminggu aku bercuti daripada posting kat sini. Memang bercuti betul-betul la ni kiranya.

Aku suka pompuan yang sopan santun, yang ketawanya tidak mengilai, yang time makannya tak berbunyi sampai meja sebelah, yang tak serabai, dan yang paling best, intelligent. Nanti bolehla guide aku ye. (Bukan ke lelaki yang guide perempuan?)

Thursday, February 11, 2010

KEPADA SESIAPA YANG INGINKAN BUNGA PADA BULAN INI





Bulan Februari ni bisnes bunga paling menjadi. Tak payah cerita la kenapa kan, semua orang mesti tahu. Ada yang hantar bunga, ada yang terima bunga. Aku tak pernah pun menerima bunga. Kalau secara virtual tu banyak lah, macam gift-gift melalui facebook.

Jangan pula ada yang jeles bila kawan-kawan korang dapat hadiah bunga pulak. Susah-susah ikut je macam Cik Aina (nama samaran) di atas ye..

p/s:- credit to Emalya (-_-)

Wednesday, February 10, 2010

SERANGAN YANG TIDAK BERHATI PERUT




Kepada pengguna ICT di luar sana. Sentiasalah update antivirus anda, scan pendrive sebelum buka. Ini dapat mengelakkan virus komputer seperti trojan, worm, atau kura-kura daripada menetas di dalam PC anda.

Lagi satu sentiasa backup data-data penting. Kesian kat opismate aku habis hilang hasil kerja beliau..

Tuesday, February 9, 2010

PUKAU MELALUI FACEBOOK??





Sekarang ni macam-macam teknik pukau ada, tepuk bahu, menggunakan mantera pukau, SMS pun ada. Tak lama lagi mesti ada pukau melalui facebook. Nantikan...

Monday, February 8, 2010

CYBER CAFE YANG AKU LEPAK SELAMA 15 MINIT





Waaa agak lama jugak aku tak update blog. Gara-gara balik kampung 3 hari baru-baru ni. Time aku kat kampung kebanyakan cyber cafe sangat la tak mantap dari segi pengurusan. Susun atur PC, kebersihan, PC zaman jipun pun ada.

Masa aku dok kat KL dulu CC dia memang mantap abis, kebersihan memang tip top, interior design memang wat duit aku kopak dalam 5-6 ringgit. Kalau kat kampung RM1 pun dah kira ok la tu...

Tuesday, February 2, 2010

BILA PEREMPUAN MEMANDU KERETA





Kenapa kebanyakan pemandu perempuan macam siput, kereta ke kiri kanan, nak keluar simpang pun lambat.. Tapi ada juga women driver bagus, macam Ema kawan aku (sila berbangga ya). Namun begitu jangan la pulak kita jadi seperti watak lelaki di atas, bersopanlah anda di jalan raya. Sesungguhnya dipukul oleh perempuan adalah sangat memalukan.

HARI YANG MENGECEWAKAN





Walaupun kalah aku masih lagi penyokong setia Arsenal. Pedih telinga aku hari ni heheh..

Saturday, January 30, 2010

MAKEUP TUTORIAL





Aku sangat sukakan Michelle Phan. Makeup tutorial yang dia buat sangat mencairkan hati ramai lelaki sejati macam aku!

Dan dia juga sukakan kucing. Oh sweeeett... :P


Friday, January 29, 2010

MALAM JUMAAT





Sekarang bukan setakat orang dah kahwin balik awal, orang bujang pun suka balik awal bila malam jumaat. Nikah belum tapi kahwin dah banyak kali.. :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...