Saturday, April 2, 2011

Calon Favourite Maharaja Lawak!

Aku tak tengok daripada awal Maharaja Lawak sebab ralit melayan Liga Super dengan Kijang menang dengan Harimau 2-1. Mungkin sebab Harimau Muda, gigi tak berapa nak tajam lagi. Jadi aku terlepas nak tengok Jambu, XN3, Amir, R2 dengan Man.

Kalau tengok persembahan semalam aku rasa calon-calon kat bawah ni memang favourite la nak jadi Maharaja Lawak!


BALAS

Persembahan diorang agak mengejutkan sebab lebih mantap daripada sebelum nih, terutama watak hantu penjual karipap tu. Dia banyak backup member dia yang satu ketika macam blur-blur sikit. Tapi diorang ni memang tak boleh lari daripada lawak double meaning la. Ayat best "mengaripap ibunya di dapur!"


SEPAH

Turun sebagai Juara Raja Lawak musim ke 3, persembahan diorang memang best. Mungkin sebab dah serasi berlakon bersama membuatkan diorang jadi mantap.Tapi aku tengok watak doktor tu lebih dominan berbanding geng dia yang lain. 


JOZAN

Ramai yang menjangka Jozan tidak akan ada banyak masalah dalam persembahan. Tapi agak mengejutkan persembahan diorang semalam bukanlah yang terbaik. Kira tahap boleh la je. Juri Mamat Khalid apa lagi taruk cukup-cukup la, mungkin Jozan terlalu yakin trofi Maharaja Lawak dapat kat diorang kot. Tapi diorang tetap calon favourite aku.



Nabil

Kemunculan si Nabil ni memang ditunggu-tunggu. Selepas kes gambar siput sedut tu agak slow la jugak dia. Aku sebenarnya tak expect persembahan dia menjadi sangat. Tapi hambik ko, memang gelak sakan dengan lawak tali pinggang berkalendar dia. 

Aku rasa sepatutnya dia terus buat joke tentang kalendar tu, bukan wat scene rewind-rewind tu. Sampaikan loceng dah bunyi baru la kelam kabut nak keluarkan kalendar dia, siap sampat toleh belakang takut AC Mizal keluar. 

Nabil memang profesional, kemampuan melawak dia masih mantapp. Sayangnya tak dapat tengok kenapa dia jatuh kena lempang sebab tak cukup masa. Ayat best "nak jual maruah tak laku dah, bibir pun kering!"


JURI

Barisan juri aku rasa seimbang, Apek dengan gaya lawak selamba dia. Mungkin dia tak kritik sangat tapi dia lebih kepada pak lawak dalam barisan juri, Macam Afdlin Shauki dengan Babyface dulu.

Mamat Khalid stail poyo serius dia, banyak jugak dia kritik terutama kat Jozan. Tapi boleh dikatakan dia nak sesuatu yang lebih, yang baru. Aku pun tak tau baru macam mana  dia nak.

Ahmad Idham pulak aku rasa titik seimbang antara Mamat Khalid dengan Apek. Dia ni tak serius sangat, tak lawak sangat pun. Kiranya OK.


   


Astro memang pandai wat marketing. Lepas ni nak tengok Maharaja Lawak kena langgan pakej Mustika pulak. Takpe aku tunggu kat youtube je lah!

14 comments:

  1. tunggu kat you tube tu aku setuju sebab aku takde astro..wahahaha..

    ReplyDelete
  2. lah, engko layan rancangan macam ni?

    weh, apsal ko tak senaraikan amir? dia tu kan paling lawak sekali? tambahan pula, dia juga adalah penyokong TRW...kesian dia. semua orang taknak pilih dia kenapa?????

    ReplyDelete
  3. favourite saya Jozan tapi mlm tadi x menyengat la, mungkin terlebih yakin kot? Balas mmg best cuma kena ubah skit gaya ckp tu, kekadang nmpk mcm baca skrip.

    ReplyDelete
  4. hehe stdy nye pasai tv puye hal sume x amek taw.. tp dengo citer raja lawak makin bezt

    ReplyDelete
  5. ♥CIK SHA♥ :- tu la, tapi chanel mustika tu cambest gak la.

    The Sharkox :- tu la biasanya aku layan akademi al-quran je, macamana tersesat x tau. Amir ni macam gugup je, muka macam kata "aku harap aku tak wujud kat sini."

    ~~zAnAfAhMi~~ :- oberconfident la ni, takpe minggu pertama je baru. Banyak masa lagi.

    K2r~90 :- study2 gak, lawak kena tengok wat release tensennn...

    ReplyDelete
  6. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    warghhhhhh kali ni agak best berbanding taun lepas-lepas... boleh tahan lahhh... cuma kadang tu nampak terlalu over sangat lahhh

    ReplyDelete
  7. over sangat nanti tergugat mat over.. harap2 lepas ni lagi best lah.

    ReplyDelete
  8. Gilo hah!! jd molek muko zizan nge nabil.biso demo...
    Pemenang-pemenang ABPBH2010

    ReplyDelete
  9. waaaa kartun nie sebiji la.. ekekekee tapi memang feberet la..pilihan kite same..cume lebih prefer pada R2 berbanding balas :)

    ReplyDelete
  10. kenapa pau tu titik dia kaler pink? haha

    ReplyDelete
  11. khaizarien :- kalu pilih kena la undii. aku tak undi pon save kredit.

    Ayeem Jemain :- aku suka kaler pink drp coklat kah3...

    ReplyDelete
  12. waa, pandainya buat... nak belajar boleh??

    ReplyDelete
  13. cantiknya lukisan tu. pandai betul.
    hem...kat rumah takda astro warna. dulu ada kejap kat prima. geram betul.trpksa tengok kat youtube

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...