Friday, April 22, 2011

Dr.Rozmey Mahu Buat Filem Lagi.

1) Walaupun filem 2Alim saya kurang berjaya, namun ia sama sekali tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus membuat filem. 

Jadi untuk filem terbaru saya yang berjudul Ke Mana Tumpahnya Kuah Kalau Tidak Ke Nasi (KMTKKTKN), saya akan menggunakan formula menggabungkan pelakon tempatan dengan pelakon antarabangsa.

                         



2) Untuk filem baharu saya, watak ayah akan dilakonkan sendri oleh saya. Jangan terkejut kerana saya sebenarnya mempunyai sijil lakonan, dan banyak berlakon sambilan di teater dan drama. Untuk watak anak, saya akan mengambil artis hollywood terkenal pada masa sekarang, iaitu Justin Bieber!. Macam mana anda semua teruja kan?






3) Apa? Justin Bieber dah potong rambut?? Aduh rosak program saya. Tapi tidak mengapa kerana saya mempunyai banyak plan. Plan B saya adalah watak anak itu akan dilakonkan sendiri oleh saya.

Mustahil kata kamu? P.Ramlee sendiri pernah membuat teknik begini dalam Anakku Sazali, mengapa saya tidak boleh. Inilah kamu suka sangat merendah-rendahkan filem melayu. Maaf emo pulak saya.





4) Tapi saya masih tidak mempunyai calon untuk berlakon sebagai heroin. Saya tidak tahu mengapa tapi kesemua pelakon yang saya tawarkan semua menolak. Alangkah ruginya mereka kerana bakal terlepas peluang berlakon di dalam filem yang akan mengangkat kembali darjat filem melayu kita. 

 Jadi untuk watak heroin saya mengalu-alukan anak gadis di luar sana menghantar gambar kepada syarikat penerbitan saya untuk tujuan ujibakat. Gambar hendaklah di ambil daripada sudut  atas, dengan mulut dimuncungkan seperti itik. Rasionalnya? Manalah saya tahu kerana saya tengok trend anak gadis sekarang memang begitu!





5) Untuk tujuan promosi, saya tidak lagi menggunakan akhbar Kosmo. Itu antara kesilapan terbesar saya semasa membikin filem 2Alim dulu. Saya tidak perasan bahawa akhbar nombor 1 di Malaysia adalah Harian Metro, bukannya Kosmo. Hampir setengah juta eksekutif muda membaca Harian Metro rupanya. Jadi lepas ini anda semua dapat melihat iklan filem KMTKKTKN di dalam akhbar Harian Metro.





6) Adakah anda ingat tentang berita bahawa Facebook akan ditutup pada 15 Mac lalu. Selepas mendengar berita tersebut, pasukan ICT saya telah bertungkus lumus untuk mencipta Dr.Book supaya rakyat Malaysia terus boleh bersosial. Namun rupa-rupanya berita penutupan Facebook itu adalah palsu. Banyak duit saya habis untuk mencipta Dr.Book itu, lebih teruk saya kena troll habis-habisan oleh ramai blogger hingusan.

Tapi seperti saya katakan, saya mempunyai banyak plan. Jadi Dr.Book akan dilancarkan sempena pelancaran filem KMTKKTKN ini, dan saya telah mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya setiap rakyat yang berumur 18 tahun ke atas diberikan Dr.Book secara percuma, dan namanya akan ditukar kepada 1Dr.Book. Kandungan 1Dr.Book ini akan ditapis supaya kata-kata nista akan dipadam secara automatik. Hanya Tulisan yang memuji Dr. akan diterbitkan.

Selain itu 1Dr.Book akan dilancarkan dalam 3D. Jadi anda boleh dapatkan cermin mata 3D di toko-toko jamu saya yang berhampiran.






7) Sasaran kutipan? Hmm mungkin terlalu awal untuk saya katakan, namun saya sekali tidak takut untuk sekali lagi meletakkan sasaran sebanyak RM40 juta. Lagipun setiap pembelian Jus6 saya akan diberikan 1 tiket wayang percuma. Rakyat Malaysia kan suka benda percuma, takkan lah mereka tidak pergi ke panggung untuk menonton.

Sasaran penonton saya adalah para remaja yang jauh terpesong dengan aktiviti rempit, seks bebas, dan  ajaran sesat. Para pekerja kerajaan yang suka curi keluar semasa bekerja turut dialu-alukan menonton filem ini. Jangan risau adegan-adegan yang dipaparkan tidaklah melampau sangat. Lagipun saya yakin dengan Lembaga Penapisan Filem negara kita yang konsisten di dalam membuat tapisan.


Baiklah saya rasa sampai sini sahaja temubual kita hari ini.
 Saya perlu ke salun Fasha Sandha dulu, nak cuci rambut.


P/S:- Dimaklumkan bahawa ini semua hanyalah parodi semata-mata. Jangan ada yang sewel menyangka semua ini adalah benar belaka.

24 comments:

  1. hahaha....

    memang best troll dia kat fb... :)

    ReplyDelete
  2. Aku tak tahulah filem ni berjaya ke tak? yg sebelum dikire tak berjaya. apapun.. go..go..go Dr Rozmey.:)
    Penghargaan Buat Seorang Sahabat Blogger

    ReplyDelete
  3. hahaha..minat betol dio dgn dr roz ni...keno same die 40juto baru tau.kihkihkih

    ReplyDelete
  4. weh, aku ingat aku nak sharekan entri ni kat fanpage dia lah..amacam?

    ReplyDelete
  5. haha dah senyap dah dia lepas 2 alam tu. nak bahan pon taktahu nak bahan apa

    ReplyDelete
  6. sempoi!tapi cam kesian je dr Rozmey tuh.Dia meniaga maa~hehe

    err promote sket.

    http://apamacamana.blogspot.com/

    ReplyDelete
  7. fuyyoo..ni baru promosi filem yang mantap..HAHAH

    ReplyDelete
  8. Azrul Hisham :- Tak sampai 1 minit kena delete dah troll tu weh..

    feyus :- filem gapo, wak lolok semata-mata jah ni demo jangan caya.

    .:SeSwEeT LaVeNdEr :- saman ler, bukan ada duit nak bayar pun hahaha.

    The Sharkox :- aku setuju. mana tahu dia akan amik aku keje dengan dia sebagai komik terbaru beliau. ko pon meh la join sekali.

    -the senile- :- dia meniaga dengan cara yang unik. Ah apa dia peduli harta dah bertimbun.


    Umat Manusia :- tu la promosi kena kaw2. tapi sayang filemnya macam tahi cow.

    ReplyDelete
  9. suka betOi entri ni...sinis...yang no.7 de best...rakyat malaysia kan suka bnda free ni...

    ReplyDelete
  10. hahahah..kesian jgk kat dr rozmey ni....

    ReplyDelete
  11. eh lukis sendiri ke kartun2 ni?comel lah!

    ReplyDelete
  12. mOon jOhari :- hehe suka tak benda free? ngaku cepat!

    CIK TOM :- tak taula. rasa boring je terus lukis muka dia hahah.

    ReplyDelete
  13. http://wanwidget.com
    hehe lawaklah citer ni, tp org kutuk camner pon aku pi gak sbb nk tau citer tu betul ker x best, dan aku rasa xlah teruk sgt, tp memang x best

    ReplyDelete
  14. ehem ehem.. main kasar nampak.. hahaha...

    ReplyDelete
  15. Anon :- Kalau aku baik guna duit tu wat makan nasik, kenyang pun dapat..

    Ddr Rozmey :- tulung jangan saman saya. Jus5 sedozen boleh?

    ReplyDelete
  16. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    Jom Terjah entry terbaru ??
    Yamaha 135lc dan penjagaan

    Honda ex5 dan Honda wave

    yuppp yan penting doktor romzy ni bukan arangnya yang serik untuk menghadapi kegagalan namun dia tabah terus mengorak langkah....

    ReplyDelete
  17. Berhati-hati geng.. Silap hari bulan boleh kena saman :)

    ReplyDelete
  18. Afzainizam :- yup semangat tak putus asa macam tu mmg perlu di contohi..

    Anif:- hehe dah wat disclaimer tu..

    ReplyDelete
  19. malas2 pun cun giler lukisan...sebijik cam dr rozmey..heee

    ReplyDelete
  20. CIK TOM :- Muka dia senang nak lukis sebab trademark rambut tu he..he..

    ReplyDelete
  21. rambut dia tuh ha yg mahal haha

    ReplyDelete
  22. Bila dengo nama je aku dh nak senyum...bila tgk je muka orgnya aku nak tergelak...hahahaha

    Iklan Kereta Jepun diIsrael melanggar budak Palestin"

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...