Thursday, May 26, 2011

Jika Aku Seekor Angry Bird

Kalau aku seekor Angry Bird Kuning, aku akan serang peragut-peragut durjana. Hentak sampai mampus pun  takpe, mat rempit pun boleh gak nak serang dengan Angry Bird Kuning ni.





Kalau aku Angry Bird Hitam, aku balas balik orang yang suka kentut kuat-kuat. Dalam bilik aircond pun boleh dia kentut. Biar burung ni balas balik bom dia.





Kalau aku Angry Bird Putih, aku lepaskan bom telur busuk tu kat pengadil yang berat sebelah kat liga bolasepak kat Malaysia ni. Tak kira la team mana pun, kalau berat sebelah memang harus kena bom dengan telur busuk!



P/S :- Bestnya The Sharkox dapat buku conteng-conteng lagi. Bagi lah aku satu woi!

Thursday, May 12, 2011

Jom Conteng!

Hari ni aku mau masuk contest conteng-conteng. Lepas tengok the sharkox masuk aku berminat nak celen dia. Terbakar je dia kutuk Arsenal hehe.




CARA-CARA PENYERTAAN KORANG BOLEH LA TENGOK KAT CONTENGCONTENG.COM TU YE



'KAMU BERAK, KAMU BASUH' - VERSI AKU















Last-last jadi kau berak aku yang basuh!

.
MUKA WANTED. KESALAHAN BERAK DALAM SINKI.


1) Apakah 3 perkara yang paling anda suka dengan blog contengconteng?
     i- Stroke lukisan yang sempoi dan tersangat cun. (Aku harap boleh lukis macam tu)
     ii- Isi cerita yang mengenangkan zaman kanak-kanak dulu.
    iii-  Kucing dia yang gemuk sama perangai dengan kucing aku.
     

2) Apakah 3 perkara yang anda rasa boleh diperbaiki?
    i) - ceriakan lagi blog dengan colorful theme!
   ii) - update selalu
   iii) - Carikan pasangan kucing tu. (takla dia rosakkan keyboard lagi )

3)Apakah 3 barangan (merchandise) yang anda ingin blog contengconteng hasilkan?
  i) keychain
  ii) magnet peti sejuk 
  ii) coloring book

Tuesday, May 10, 2011

Apa Kena Dengan Budak Sekolah Sekarang?

Pembuli yang pertama aku kenal adalah Giant. Kekurangan kasih sayang sebab selalu kena marah dengan mak.




Selepas masuk sekolah rendah, biasanya pembuli adalah abang kepada budak sekelas aku. Macam protector adik dia la. Member aku pernah kena tolak sampai terperosok bawah meja cikgu. Takot gila aku dengan budak tu. Aku darjah satu, dia darjah enam.






Bila masuk sekolah asrama, ada senior yang baik hati akan mengoffer cup cake. Tak boleh tolak offer tu, mesti ambik makan. Lepas makan, dia terus campak baju kotor dia suruh aku basuh. Alasannya sebab aku dah makan kek dia, jadi kena basuh baju. Aku tak kisah sangat asalkan tak kena pukul. Taknak kena pukul kena pandai bawak diri, jangan buat kerek dengan senior.




Bila aku tengok video ni, aku terfikir "Apa kena dengan budak-budak sekarang nih?" 



Update : Video asal dah kena remove. Yang ni pun boleh jugak. Tak tahu lah bisu betul ke saje tak bunyi suara.




Monday, May 9, 2011

Masalah Gugup Dengan Perempuan











Adik beradik aku semuanya lelaki. Ma aku sorang je perempuan (mesti la pompuan!) Bila masuk sekolah aku jadi blur dengan kawan-kawan perempuan. Tak biasa berkomunikasi dengan berlawanan jantina ni.

Setiap kali ditegur mesti aku gelabah biawak nak menjawab, muka blushing-blushing gituh. Lebih-lebih lagi kalau yang borak tu cun macam Miera Liyana.

'Penyakit' ni berlanjutan sehingga aku tingkatan tiga, lepas aku kenal dengan classmate yang agak jahat. Eleh member aku tu jahat dengan perempuan je. Dengan sama-sama laki takot.

Lepas rapat dengan member aku ni baru lah slow-slow aku boleh bercakap dengan lancer
 lancar dengan spesis perempuan ni.

Lepas PMR aku masuk sekolah teknik. Alangkah terkejut biawak sekali lagi, kelas aku hanya ada  tiga orang lelaki (termasuk aku), 28 orang lagi perempuan!!

Mana aku tahu jurusan AKAUN tu perempuan yang konker. Nanti ada masa aku cerita lagi ya.

Sunday, May 8, 2011

warnaNYA: Design Your Mascot Mini Contest by Nuruldotdotdot



Okay hari ni aku nak join satu contest yang sangat menarik perhatian. Contest warnyaNya daripada belog nurul dot dot dot...

1) Jadi Syarat-syaratnya kena letak banner di atas beserta links sekali. Ok setel.
2) Design satu maskot mengikut format yang ditetapkan. Contohnya kat SINI
3) Jangan lupa Like facebook beliau. SINI

Dan inilah maskot aku yang dah siap!


Oke tak?

Friday, May 6, 2011

Sindiket Budak Pengutip Derma








Bukan aku tak kasihan, tapi dulu aku ada sedekah kat budak macam kat atas tu. Lepas tu kantoi aku terjumpa dia lepak di cyber cafe main games. Siap pakai baju melayu berkopiah lagi main Warcraft!


Thursday, May 5, 2011

Kata-Kata Motivasi








Carilah duit ketika badan masih sihat ni, nanti dah tua sakit susah takda bekalan..

Wednesday, May 4, 2011

Jom Isi Dialog Di Bawah




Ini bukan contest, aku takde bajet nak bagi hadiah. Isi la apa-apa ayat yang patut. 
Sesuai bagi mereka yang ingin melepaskan geram.

Monday, May 2, 2011

Kucing Yang Sentiasa Lapar

















Aku rasa kucing aku ada bela hantu raya la.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...