Wednesday, February 23, 2011

Berhati-hati Kalau Ada Orang Nak Belanja Minum.




Macam cilaka kan tajuk post aku kali ni, panjang semacam haha. Oke try korang bayangkan kalau member lama ke, awek yang korang nak ngorat ke, ajak kuar minum. Mesti la nak kan, kecuali korang tak suka dengan orang tu sebab ketiak berbau atau hal-hal lain.

Tapi lepas je duduk kat mamak tu, tanya khabar sikit-sikit then terus keluarkan kitab-kitab testimoni, borang-borang dan plan A sampai Z. Demmmmm MLM wehh... 

Di mana perginya ajakan nak berborak dengan kawan lama, nak berkenalan dengan bakal isteri (kepada yang single la)? Ini semua ajak-ajak tahi ayam yang penuh dengan muslihat dan perangkap offside.

Jadi kepada mereka yang nak berniaga, jujur le dengan orang lain. Dengan kawan sindiri pun nak klepet ke..
Ok la dah lama aku tak menaip dengan agak panjang. Oleh itu aku sudahi ucapan aku dengan Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh..

P/S;- Kejadian ini tidak terjadi kepada aku. Sebab aku agak pandai menghidu perkara-perkara semacam ini.hahaha...

15 comments:

  1. aku pernah kena.. senior (perempuan) ajak pi minum.. eksited nak jumpa.. last2 dia dengan balak dia buat MLM..hahaha

    Pendapat anda?
    jangan cepat melatah

    ReplyDelete
  2. Hehehe.. Rasanya ramai yang pernah terkena! Konon-konon nak mengeratkan lagi tali persahabatan la..

    Rupa-rupanya mahu ambil kesempatan!

    ReplyDelete
  3. Hahaha.... aku agak dah benda ni..
    aku dulu ade member, haram lama gila tak pernah jumpa, abis2 sekolah terus lost contact. setelah sekian lama dia kontek, tanya kat mana, ajak minum2... aku terus cakap aku takde kat umah pasal dah dapat hidu dah tektik ajak minum ni...

    dah la kompeni yg dia join tu kalau nak masuk kena tiau sampai 2k..

    last2 sekali beberapa tahun kemudian, aku tanya balik, berjayakah dia dalam kompeni tu.. dia cakap, aku dah berenti pasal tak pandai nak belit member2...hahahaha

    ReplyDelete
  4. pernah kena, ngok punya kawan. sampai sekarang aku tak tegor dia. lantak pi. bodoh aku, percaya dia, melaburlah jugak sibu stengah. last2, habuk pon tadakk.

    bodoh bodoh. ='(

    ReplyDelete
  5. Hasrol :- exited sebab pompuan la ehh. kan dah terkeno ekau.

    Anif :- itulerr, ingat ikhlas rupanya muslihat.

    Sharkox :- bagi je seribu alasan asalkan tak tercongok macam orang bodo lepas tu.

    nurezzaty :- kuang3 banyak tu sibu setengah, boleh belanja aku prospereti burger bnyk2. (nape payah sangat nak baca nama ko tuuh??)

    ReplyDelete
  6. ak pn dh kena gak...siot..member ckp nk blanje minum,follow jela..las2 dia bw gi umah dier..terangkn psl MLM..at the end,seteguk air pn ak x dpt...paker2...

    patut kerajaan HARAM kn MLM ni...serius nk mengajo org menipu...huh!!

    ReplyDelete
  7. Shidy :- itu yang pelik kan? cakap bleh kaya raya tapi belanja air pun payah wooo

    ReplyDelete
  8. hok3..nasib baek aku tak pernah kena mcm ni..

    ReplyDelete
  9. Berhati-hatilah dlm kehidupan anda semua. Dunia ini penuh dgn permainan manusia...
    keyboard shortcut menarik pada windows 7

    ReplyDelete
  10. ║║╔║║╔╗ ║
    ╠╣╠║║║║ ║
    ║║╚╚╚╚╝ O
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    " Antara kau dan aku
    Blog ini sebagai pengantara”
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    uihhhhh pernak kena bila aderrrr aweks cun buat MLM uihhhhhh rimassss bukan nak berdating tapiiii ber MLM sakit jiwa tau

    ReplyDelete
  11. ,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
    //__l_l_,\____\,__
    l_---\_l__l---[]lllllll[]
    _(o)_)__(o)_)--o-)_)___
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
    Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
    http://firestartingautomobil.blogspot.com/
    http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
    ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

    uihhhhh mlm aku tak minat pun walau diorang janji aku boleh jadi bakal jutaqwan segera.... tak percaya lah aku ni....

    ReplyDelete
  12. pernah terjadi pada diri sendiri..nasib baik la kawan kan..tpi dah kene sekali lepas ni kenan hati2 sikit..

    ReplyDelete
  13. penah jugak terjadi..malam2 ajak g kedai makan..disebabkn lame x jumpe..so pegi jela..rupenye..tipah tertipu bang..

    ReplyDelete
  14. beribu alasan org bg untuk tidak berjaya..hanya org yg malas je yg bg alasan melebih2..MLM xsemuanya menindas..ade je yg best..xkenal maka xcinta..dh cinta tergila2..MLM telah melahirkan 6000 org JUTAWAN dalam masa 43 tahun bertapak di Malaysia..u all yg ckp ni dh jd JUTAWAN ke..???wakakakak...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...