Thursday, August 25, 2011

Selamat Hari Raya

Awal sangat kot aku ucap selamat hari raya, tapi aku akan beroffline selama dua minggu bermula esok. Barang-barang belum packing lagi untuk balik kampung nih.

Lagi satu, selepas dua minggu ni InsyaAllah aku akan kembali sebagai seorang suami. Maknanya? Aku akan berkahwin la wei!

Sebelum tu aku ingin memohon ampun serta maaf jika ada sesiapa terasa, terkecik, terluka hati dengan kandungan blog tak berapa nak hidup ni.

Hati-hati di jalan raya, ingatlah lemang dan ketupat yang tersayang.

(Haha terlebih border pulak, cis!)

Monday, August 22, 2011

Thursday, August 18, 2011

Kisah 5P2 - Sapu Papan Hitam

Setiap kali lepas cikgu habis mengajar, automatik papan hitam (hitam ke hijau?) akan dibersihkan. Tak payah suruh memang automatik punggung ni akan bangun bersihkan papan hijau, sebab takde cikgu yang suka masuk kelas tengok papan hitam tak clear lagi betul tak.

 Cikgu atas ni sangat garang. Nanti aku cerita lain masa.

Dan tugas sapu papan hitam tu memang terus jatuh kat tiga orang hero dalam kelas ni (termasuk aku).. Cara sapu papan hitam ni kena betul teknik dia. Macam aku buat kat bawah ni.

Perasan tak cara aku sapu tu, dari atas ke bawah. Kemudian giliran kawan aku pulak..



Cara dia kiri ke kanan. Bagi aku cara ni tak sesuai kerana....



Punggung kau akan turut menggedik kiri kanan. Dan 29 orang perempuan sedang tengok punggung kau menggedik macam tu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...