Thursday, April 29, 2010

Encik Pomen Tolong Jangan Tipu Saya





Apa korang ingat perempuan saja ke tak tau hal kereta? Aku pun tak tau, tak tau sangat ye. Setakat check minyak itam, air bleh la. Bahagian teknikal-teknikal lain memang agak buta.
Tapi bawak kete laju ye.

Jadi kalu antar kat pomen ni memang banyak kali dah rasanya aku digula-gulakan. Bajet RM200 je, last-last jadi sampai RM300 atayu Rm400. Giler ah.

Aku cuba gak baca-baca majalah kete, tapi terma-terma dia banyak aku tak paham. Ibarat orang kete tak paham terma-terma komputer la gitu. Tolong aku tak nak kena tipu lagi!!

Wednesday, April 28, 2010

Aku Pun Nak Ada Butang Like Jugak!

Pagi-pagi hari lagi aku terjumpa cara nak wat butang like ni kat ARCX13. Kalu nak tau gi lah kat belog beliau.

Jadi kepada korang kalu suka post aku silakan tekan butang Like tu, tak paksa eh.

p/s:- masih fikir nak lukis apa nanti.. T_T

Monday, April 26, 2010

Pelayan Kedai Yang Sengal




Aku heran betul dengan pelayan kedai makan yang berlagak macam boleh ingat order pelanggan banyak-banyak. Lepas tu lupa pulak, adeii!!

Bukan payah pun pakai pen dengan kertas. Kedekut betul la tuan kedai sampai taknak sponsor pen. Aku tak tau la mungkin tuan kedai nak mengoptimizekan memori pekerja-perkerja diorang, tapi sampai tiga kali amik order memang ada masalah ingatan la tu.

Nasib baik aku mempunyai benteng kesabaran yang agak kental. Kalu sesetengah orang tu, dah la tengah lapar, buat onar pulak. Mesti kena maki hamun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...